Previu Grand Final Wanita LFK 2015
On June 10, 2015 by Wak FaizalKejayaan Selangor menjuarai liga pada edisi kali ini sudah pastinya membuatkan seteru utama musim ini, Felda United untuk kembali bangkit pada pusingan ”Grand Final” nanti. Pasukan yang dibarisi pemain-pemain yang mempunyai corak persembahan yang mempesokan itu sudah semestinya mempunyai ramuan terbaik untuk bangkit dan tidak memberikan ruang kepada Selangor untuk memperoleh kemenangan berganda pada musim ini.
Selepas ditabalkan sebagai juara liga, Selangor diletakkan di kumpulan A bersama-sama Selangor MPSJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kuala Lumpur. Selangor dilihat tidak akan menghadapi masalah sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Berbekalkan dengan pemain berpengalaman di kancah antarabangsa menjadi taruhan kepada skuad merah kuning ini. Selangor MPSJ pula perlu cepat melupakan kekecewaan hanya mendapat tempat ke-4 liga.
Selaku juara bertahan pusingan ”Grand Final” musim lalu, Selangor MPSJ juga mempunyai himpunan pemain yang mempunyai kebolehan individu dan berpasukan yang memukau dan seharusnya ia menjadi senjata utama buat mereka. Cabaran PDRM dan Kuala Lumpur juga tidak wajar dipandang enteng demi untuk memastikan kehadiran mereka di dalam kumpulan ini bukanlah sekadar hanya untuk melengkapkan jadual semata-mata.
Bagi Kumpulan B pula, dua pasukan pilihan iaitu Felda United dan Sabah diletakkan di kumpulan ini sambil ditemani Kedah dan Perak. Felda United dan Sabah dilihat sebagai calon utama untuk melepasi saingan kumpulan dan akan ke separuh akhir. Namun Kedah dan Perak pasti akan menjanjikan saingan yang hebat untuk turut bersaing bagi menempah dua slot ke separuh akhir dan seterusnya bersaing bagi merebut mahkota kejuaraan ini.
Diharapkan persaingan sengit yang dapat disaksikan dalam liga kategori wanita tempohari dapat diteruskan pada pusingan ”Grand Final” kali ini supaya semua pemain dapat menjelmakan aksi yang bermutu tinggi dan memukau penonton yang pasti mahu melihat aksi perlawanan yang menepati tahap liga tertinggi negara ini. Selamat berjuang buat semua pasukan.
Foto : Felda United FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.