Politeknik Negeri Sembilan Sasar Kejuaraan Liga Futsal Politeknik Malaysia 2016
On April 27, 2016 by FixoKekecewaan pada musim lalu di pusingan separuh akhir memberi satu azam yang baru buat pasukan Politeknik Negeri Sembilan untuk bangkit pada musim ini. Hanya berpuas hati di tangga ketika kejohanan tahun lalu membuatkan mereka ingin mendakap trofi kejuaraan Liga Futsal Politeknik Malaysia 2016 yang akan bermula 28 hingga 30 April ini.
Pada musim ini pasukan Politeknik Negeri Sembilan mendapat sentuhan jurulatih baru Mohd Shafik Ezdee Mohd Nordin. Ketika dihubungi beliau optmis pasukan beliau mampu memberikan saingan pada kejohanan kali ini sekaligus menjuarai Liga Futsal Politeknik 2016.
Mengulas mengenai persediaan pasukan, Politeknik Negeri Sembilan telah bermula pada awal april bermula dengan sesi pemilihan dan setiap pemain yang terpilih telah menyertai kem latihan insentif pada 18 hingga 27 April ini. Pemain pasukan ini adalah gabungan pelajar dari Politeknik cawangan Port Dickson dan juga Nilai.
“Saya menghadapi masalah pada awalnya apabila penarikan pemain pada saat-saat akhir dan untuk membentuk keserasian para pemain untuk pasukan ini. Namun alhamdulillah perkara tersebut dapat diatasi apabila kesemua pemain serta pengurusan telah memberikan komitmen yang terbaik” Ujar beliau
Sebagai jurulatih , Mohd Shafik Ezdee memberitahu amat penting buat beliau untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik bagi pemain-pemain muda ini. Beliau telah menerapkan latihan dari segi sistem gameplay, memupuk keserasian pemain, menerapkan displin didalam permainan dan di luar permainan juga latihan kecergasan bagi mengekalkan stamina pemain serta mendidik mentaliti pemain menjadi kuat secara automatik can think fast and act fast sesuai dgn permainan futsal yang pantas.
Selain daripada proses latihan, Politeknik Negeri Sembilan juga telah menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru baru baru ini di Melaka bersama pasukan Politeknik Selangor, Melaka dan juga Pahang. Ia bertujuan untuk mengenal pasti beberapa kelemahan untuk diperbaiki sebelum beraksi di kejohanan nanti.
“Harapan saya pada pasukan supaya para pemain fokus pada setiap game yang dihadapi. Bagi saya jika pemain dapat memberikan kerjasama yang baik serta menunjukkan disiplin yang tinggi di kejohanan ini ia sudah dikira satu pencapaian yang baik” ujar beliau
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.