
PIALA MALAYSIA 2020 BATAL!
On November 12, 2020 by Wak PivotPiala Malaysia 2020 Sah Dibatalkan oleh MFL susulan penangguhan oleh MKN
Pihak MFL mencapai kata sepakat untuk membatalkan Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini. Dalam satu siaran media yang telah diedarkan bertarikh 12 November 2020.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuanuntuk meneruskan kejohanan itu telah ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, MFL harus akur dengan keputusan terbaharu daripada MKN di mana pihak kerajaan tidak membenarkan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berlangsung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.
“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan telah menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan TM Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL telah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan tetapi seperti saya
katakan tadi MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.
“MFL juga tidak lupa kepada penaja-penaja iaitu Telekom Malaysia (TM), CIMB, AirAsia, Nike dan F&N 100Plus yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami ketika berdepan detik sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan media. MFL sebelum ini menyatakan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah bersedia dengan mekanisme khas dalam misi meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 di negeri bebas PKPB.
Dalam perancangan itu, MFL telah menghantar permohonan untuk menggunakan venue Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir.
Sebagai rekod, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 telah membuka tirai pada 6, 7 dan 8November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT),Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.
Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani mengesahkan Terengganu FC (TFC) yang menduduki tangga ketiga CIMB Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini. “Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas juga memutuskan bahawa tempat ketiga CIMB Liga Super iaitu TFC akan mendapat slot Piala AFC 2021 selepas TM Piala Malaysia 2020 dibatalkan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.