PJCHAMPZ FC – “The Eagles”

Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Surentheran Pillay dan Cik Elaine Nathaniel, PJCHAMPZ FC dikenali sebagai The Eagles, bermula sebagai sebahagian daripada program pembangunan belia Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Projek ini pada asalnya dirancang untuk enam bulan sahaja, dengan matlamat memperkenalkan belia Selangor kepada struktur kelab futsal profesional serta memberi pendedahan kepada permainan kompetitif, sambil memupuk perpaduan merentasi kaum, latar belakang, dan budaya.

Menjelang tahun 2021, PJCHAMPZ FC terus berkembang pesat di bawah pengurusan RKS Sports Centre Sdn Bhd. Dengan kemudahan stadium sendiri di Ara Damansara, kelab ini telah berjaya menarik minat pelabur, penaja, dan rakan strategik, sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam arena futsal negara.

Pencapaian dan Visi Masa Depan

Pada musim lalu, PJCHAMPZ FC menamatkan saingan di tangga ke-8 Liga MPFL Divisyen 2. Walaupun berdepan cabaran, kelab ini terus memandang ke hadapan dengan misi dan sasaran yang lebih tinggi:

Menamatkan musim dalam dua kedudukan teratas Liga MPFL Divisyen 2 Layak ke separuh akhir Piala Futsal Malaysia 2025 Mencapai kelayakan merit ke MPFL Divisyen 1 pada tahun 2026

Persiapan Musim 2025

Menghadapi musim 2025, The Eagles bakal tampil dengan wajah baharu. Hanya empat pemain dari skuad musim lalu dikekalkan, manakala selebihnya terdiri daripada pemain-pemain baharu yang dibawa masuk bagi memperkukuhkan pasukan. Beberapa nama berpengalaman telah disambar oleh PJCHAMPZ FC, termasuk dua pemain import yang dijangka memainkan peranan penting dalam memperkuatkan barisan utama.

Pengurusan & Barisan Kejurulatihan

Presiden: Surentheran Pillay A/L S.P Sivalinggam Pengarah Teknikal: Syafiq Hazwan Bin Abdul Samad Ketua Jurulatih: Mohammad Taufik Bin Yaiyah Penolong Jurulatih / Jurulatih Penjaga Gol: Devandran A/L Supramaniam

Pen. Jurulatih: Muhammad Najmi Amri Bin Abdul Aziz Muhammad Nur Hariz Bin Zulfemi Tan Kok Hwa Pegawai: Ashok Kumar A/L Raman

Fisioterapi: Mohd Zahin Naim Bin Pa Wan Chik

Back To Top