Pingat Emas Sasaran Skuad SUKMA Selangor
On July 22, 2018 by FixoPasukan futsal SUKMA Selangor berada di landasan terbaik menjelang SUKMA 2018 yang akan berlangsung pada 8 hingga 23 September depan. Bagi acara futsal ini merupakan edisi ketiga ia diadakan pada edisi pertama Johor muncul juara dan edisi kedua berpihak kepada Pulau Pinang.
Pencapaian terbaik skuad futsal SUKMA Selangor pada edisi pertama dimana mereka berjaya mendapat no 3. SUKMA Selangor yang sudah melakukan persediaan baru sahaja dinobatkan juara Kejohanan futsal persahabatan 4 penjuru.
Skuad kendalian Addy Shairullyzam berjaya menewaskan Dani FC 5-4, SUKMA Perak 3-2 dan perlawanan terakhir turut mencatat kemenangan 6-3 ke atas SUKMA Negeri Sembilan.
Turut berlangsung 3 penjuru bagi kategori wanita yang dimenangi pasukan SUKMA Kuala Lumpur dikuti SUKMA Selangor di tempat kedua dan SUKMA Perak di tempat ketiga.
Menurut pembantu jurulatih SUKMA Selangor, Nurafifi Noor Hashim dia berpuas hati kerana berjaya mencapai sasaran di kejohanan persahabatan dan gembira dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemainnya.
“Masih ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dan ada 4 pemain yang tidak bersama kami di kejohanan ini kerana terlibat dengan Liga Futsal IPT di Terengganu.” kata Nurafifi.
Tambahnya lagi,
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Selangor kerana telah memberi peluang buat pemain-pemain pelapis Selangor ini dan saya berharap skuad kali ini dapat mencipta kejayaan di SUKMA nanti sekaligus meraih pingat Emas pertama untuk Selangor daripada acara futsal.”
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.