Piala Dunia Idaman Yazadh
On August 27, 2015 by Wak FaizalAndai menyebut nama Muhd Akmal Yazadh pastinya peminat futsal tanah air amat mengenali dan mengagumi kelibat beliau. Beliau merupakan antara pemain yang kini menjadi pilihan jurulatih Marcelo Serpa bagi membarisi skuad negara. Beliau yang merupakan antara tonggak utama Uitm di Kejohanan Liga IPT sudah pasti nama beliau meniti dibibir peminat futsal tanah air.
Lahir pada 19 November 1989, anak muda yang berasal di flat Sri Pahang, Bangsar ini mula mengenali dan berkecimpung di dalam arena futsal seawal usia 15 tahun. Kejohanan terawal yang disertai oleh pemain yang lebih disenangi dengan panggilan Yazadh ini adalah satu kejohanan yang dianjurkan oleh Astro.
Beliau yang menyertai banyak kelab amatur seperti Manja FC, Cipta FC, Ferro FC, A7, BBKB dan kini bersama MAC FC. Pasukan di Liga Futsal Kebangsaan yang diwakili beliau adalah juara berganda musim ini iaitu Felda United.
Yazadh juga pernah mewakili Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) bagi kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) dan juga kejohanan Liga Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ). Antara pencapaian terbaik yang pernah dikecapi oleh anak muda berusia 26 tahun ini ialah menjuarai kejohanan MASUM pada tahun 2010 dan juga tiga tahun berturut-turut menjuarai Liga IPT pada 2010 hingga 2012. Kejayaan itu turut dibantu bimbingan jurulatih UiTM ketika itu, Addy Shahrullyzam.Manakala, kejayaan menjadi juara pada kejohanan UiTM International Sport Fiesta tahun 2011 dan naib juara pada 2012 cukup untuk menceritakan sumbangan berguna beliau terhadap pasukan futsal UiTM.
Kejayaan menjuarai Liga IPT 2010 turut membawa tuah buat Yazadh apabila terpilih bagi mengganggotai skuad negara di Kejohanan Sukan Universiti Asean yang berlangsung di Chiang Mai ketika itu.
Beliau terus mengembangkan bakat dalam arena futsal apabila menyertai pasukan KWSP bagi menghadapi Liga Futsal Kebangsaan 2010. Musim berikutnya beliau mencuba nasib untuk menyertai pasukan Felda United dan ternyata rezeki berpihak pada beliau dan seterusnya diikat untuk beraksi bersama Felda United dan kini sudah 4 tahun beliau menabur bakti bersama Felda United di bawah bimbingan jurulatih Zulazmi Bin Zulkifli.
Kejayaan bersama Felda United tidak dapat dilupakan buat pemain berjersi nombor 13 Felda United ini telah mengecapi kejayaan menjuarai Liga Futsal Kebangsaan 2 tahun berturut-turut. Namun begitu 2 kekalahan di pusingan ”Grand Final” kepada Selangor dan Selangor MPSJ adalah mimpi ngeri buat beliau sepanjang berkecimpung dalam arena futsal ini.
Beliau yang pada mulanya hanya bermain futsal sekadar untuk mengisi masa lapang dan mengikuti jejak rakan lain yang turut bermain.Namun, wujud keinginan tinggi bagi Yazadh untuk mara lebih jauh dalam arena ini. Dorongan keluarga,rakan-rakan dan jurulatih turut menjadi punca kepada semangat juang tinggi beliau sehingga mencapai tahap sebagai pemain kebangsaan seperti kini.
Menjadikan Saravanan yang pernah beraksi bersama RSA Figos sebagai idola tempatan dan Gabriel Lima ( Tonggak Itali ), beliau mengharapkan agar sukan futsal mencapai taraf profesional dan juga mengimpikan supaya futsal dimainkan di stadium khas untuk futsal seperti di negara gergasi dalam arena futsal ini. Sebagai seorang pemain kebangsaan, beliau turut mengimpikan agar Malaysia dapat melayakkan diri ke piala dunia satu hari nanti.
Kami di Arena Futsal Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat Yazadh Amri dan terus mengembangkan bakat yang dimiliki agar negara tidak ketandusan bakat pemain seperti anda.
Artikel Oleh : Meor AFM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.