Persediaan Terakhir Pasukan Pahang
On February 22, 2018 by WanShaPahang bukanlah nama baru dalam Liga Futsal Kebangsaan. Musim lepas mereka tampil di LFK 2017 dan meraih tempat ketiga.
Untuk musim ini Jurulatih Pahang, Mohd Yazeed Hamzah, memaklumkan bahawa separuh daripada pemain musim lepas dikekalkan. Manakala, separuh di antaranya adalah wajah-wajah baru untuk pasukan ini. Ini adalah cabaran baru untuknya bagi mencari keserasian pemain.
Antara pemain baru yang akan beraksi bersama Pahang adalah Qaiser Heesham, Yazadh Amri, Nur Naim, Ahmad Jazlan, Sofian Syah, Amir Izzat, Hafisuddin, Afendi, Farhan dan Azlan.
Soal mengenai persiapan pasukan ini, “Pahang masih meneruskan latihan seperti biasa bagi membuat persediaan menghadapi LFK dalam tempoh 3 minggu ini.”
Jurulatih pasukan ini turut memberi pandangan bahawa semua pasukan yang menyertai LFK musim ini merupakan pesaing yang hebat. Setiap pasukan yang bertanding mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Beliau turut meletakkan harapan kepada pemainnya agar mengikut apa yang telah dirancangkan. Beliau berkata lagi, “saya harap pasukan Pahang boleh mengekalkan prestasi yang baik sehingga layak berada di dalam kelompok 3 teratas.”
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.