Permulaan Baik Buat Arena Futsal Malaysia
On February 24, 2017 by FixoPerkembangan positif dapat dilihat melalui persembahan para pemain pasukan Malaysia B20 di perlawanan persahabatan pertama mereka semalam menentang Politeknik Selangor. Pasukan yang baru ditubuhkan ini adalah bagi persediaan menjelang Kejohanan futsal AFC B20 yang akan berangsing pada bulan Mei ini di Thailand.
Barisan muda pasukan Malaysia ini berjaya menewaskan pasukan Politeknik Selangor dengan jaringan 9-1. Corak permainan yang pantas dan “full pressing” cuba diterapkan oleh ketua jurulatih Chiew Chun Yong tampak berkesan.
Namun menurut beliau, beliau tidak mahu cepat berpuas hati di atas persembahan para pemainnya.
“Ini adalah pertama kali pasukan bawah 20 tahun ditubuhkan dan kebanyakan pemain yang terpilih masih baru dan tidak lagi memahami konsep permainan futsal dengan lebih mendalam. Masuk hari kedua latihan tempoh hari para pemain ini masih cuba untuk memahami tektikal dan gaya permaianan yang saya inginkan” kata Chiew Chun Yong.
Secara jujurnya perjalanan masih jauh buat barisan pemain muda ini namun ia adalah permulaan yang baik bagi futsal Malaysia. Jika kita lihat negara lain seperti Thailand ternyata mereka sudah jauh kehadapan kerena mempunyai program pembangunan yang baik.
“Saya perlu mengambil cabaran ini untuk menyediakan pasukan yang bersedia menjelang kejohanan AFC B20 nanti walaupun masa yang ada singkat. Untuk kem akan datang saya akan memanggil beberapa lagi pemain yang berpotensi untuk menyertai kem.”
“Ada beberapa pemain yang menarik perhatian saya namun disebabkan kontrak dan komitmen mereka bersama pasukan Belia dan Presiden (Bola Sepak) tidak membenarkan saya untuk memanggil mereka. Bagaimanapun saya tetap yakin dengan barisan pemain yang ada dan sudah pasti masa diperlukan untuk pemain muda ini untuk bersaing di kejohanan antarabangsa” ujar beliau.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.