Top 20 – Penjaring Terbanyak MPFL Div 1 2025

Musim 2025 Liga Futsal Malaysia terus menyajikan aksi pantas dan mendebarkan, terutamanya dari segi persaingan penjaring terbanyak. Selepas lima perlawanan, pemain Selangor FC, Dos Santos Campos Vitor Fernando, kini mengetuai carta dengan 9 gol, menunjukkan ketajaman luar biasa di hadapan gol dan konsistensi yang menggerunkan pertahanan lawan.

Di belakangnya, rakan sepasukan Borges Evandro turut memberi impak besar dengan 8 gol, menjadikan duo ini sebagai antara gandingan paling berbisa musim ini. Ini sejajar dengan prestasi pasukan Selangor FC yang kini berada di tangga kedua liga, setelah menjaringkan 30 gol dalam lima perlawanan – purata 6 gol setiap perlawanan.

Tempat ketiga menjadi milik Felipe de Almeida Souza dari Pahang Rangers FC, yang juga merupakan penjaring terbanyak musim lalu. Dengan 7 gol setakat ini, Souza kekal relevan sebagai salah satu penyerang paling konsisten dalam liga.

Senarai penjaring menunjukkan persaingan yang semakin rapat, di mana beberapa pemain berkongsi jumlah jaringan yang sama. Berikut ialah senarai 20 penjaring terbanyak setakat ini:

Top 20 Penjaring Liga Futsal Malaysia 2025 (Setakat Perlawanan ke-5)

No Nama Pemain Pasukan Gol
1 Dos Santos Campos Vitor Fernando – Selangor FC 9
2 Borges Evandro – Selangor FC 8
3 Felipe de Almeida Souza – Pahang Rangers FC 7
4 Mohamad Awalluddin Mat Nawi – Johor Darul Ta’zim 6
5 Daniel Felipe de Almeida Domingues – KL City FC 6
6 Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir – Pahang Rangers FC 6
7 Nogueira Aguiar Bruno Taffy – Johor Darul Ta’zim 5
8 Syed Aizad Daniel Syed Nasir – Johor Darul Ta’zim 5
9 Vitor Manoel Da Silva – Sabah FA 5
10 Garcia Rego Caio Cesar – Johor Darul Ta’zim 4
11 Nattawat Luksanato – Kedah 4
12 Muhammad Bukhari Samsudin – Malaysian University 4
13 Matheus Moura Batista – Pahang Rangers FC 4
14 Muhamad Norakmal Norizal – Pahang Rangers FC 4
15 Syahir Iqbal Khan Akbar Khan – Selangor FC 4
16 Navin Das Arokiadass – KL City FC 3
17 Muhammad Harith Hazami – Malaysian University 3
18 Muhammad Razin A Rahim – Pahang Rangers FC 3
19 Mohammad Dzul Idzwanizam Madin – Sabah FA 3
20 Abu Haniffa Hasan J- ohor Darul Ta’zim 2

Back To Top