Pengalaman Berharga Amirul
On January 19, 2017 by FixoTerpilih untuk menyertai kem latihan pusat futsal kebangsaan adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat pemain muda yang bernama Muhammad Amirul Sugito.
Pemain berusia 20 tahun ini adalah antara pemain yang menyerlah ketika Kejohanan Bawah 19 Tahun Piala Raja Iskandar Dzurkarnain 2016. Pemain yang mewakili pasukan Kuala Lumpur U19 ketika itu berjaya menarik perhatian ketua jurulatih pasukan lelaki futsal kebangsaan , Chiew Chun Yong.
Amirul telah dipanggil bersama 3 lagi pemain daripada kejohanan tersebut iaitu Awalludin (Perak U19), Ikhmal Firdaus (PBMM U19) dan juga Aidil Shahril Rosli (Perak U19).
Namun rezeki tidak menyebelahi Amirul apabila beliau tidak disenaraikan di dalam list 14 pemain yang akan ke Kejohanan Futsal AFF 2016 ini.
Walaupun tidak berjaya terpilih, beliau tidak berasa kecewa dan ia merupakan pembakar semangat buat beliau untuk berlatih dengan lebih kuat untuk bermain dengan pasukan Malaysia satu hari nanti.
“Saya ingin berterima kasih kepada barisan coach dan pemain senior, banyak benda yang saya dapat pelajari seperti tektikal, movement dan lain-lain daripada coach dan para pemain lain. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat saya” kata Amirul.
Semoga berjaya buat Amirul yang akan beraksi dengan pasukan KL City FC untuk Liga Futsal Kebangsaan 2017.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.