Pencarian Alif Mat Amin & Izzat Adang. UTHM Buat Kerja Awal!
On November 23, 2021 by Wak GoleiroKalau sekarang kebanyakan fokus peminat terhadap pasukan-pasukan yang akan beraksi di Malaysian Premier Futsal League 2022 kita jangan lupa juga saingan liga futsal kedua Malaysia, Liga Futsal IPT yang dijangka bermula seawal Februari tahun depan.
Tahun lepas dan tahun ini nasib Liga IPT ini sama seperti MPFL, terpaksa dibatalkan berikutan keadaan pandemik COVID-19 di Malaysia. Jadi kebanyakan pasukan IPT menghentikan program latihan futsal mereka.
Baru-baru ini atas pemerhatian kami, Universiti Tun Hussein Onn sudah mula melakukan persediaan awal bagi saingan Liga IPT 2022 dengan melakukan sesi pemilihan. Selain Liga IPT, mereka juga akan bertanding di SUKIPT dan MASUM. Melakukan persediaan fokus kepada pelapis baru berikutan kebanyakan pemain utama sudah menamatkan pengajian.
Pasukan universiti yang lebih dikenali dengan nama Armada UTHM antara salah satu pesaing utama di Liga IPT. Di edisi terakhir pada 2019 UTHM menamatkan saingan di tempat ketiga. UTHM juga banyak melahirkan pemain berbakat dan antara yang paling berjaya, Alif Mat Amin yang merupakan pemain Pahang Rangers dan juga Amirrul Izzad Adang pemain Teregganu bagi MPFL 2022.
Selain 2 pemain ini, untuk MPFL musim depan juga dua pemain UTHM, Eazlan Syaqirin dan Arif Roslan berjaya terpilih untuk bersama pasukan Universiti Malaysia @ KPM-PST Mustang.
Semoga terus maju jaya buat Armada UTHM dan teruskan melahirkan pemain-pemain yang baik. Dari IPT mereka bermula ada rezeki akan terus ke saingan lebih besar!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.