
Pemain tempatan Terengganu FC lengkap. 18 pemain berusia bawah 25 tahun. Tengok senarai ini!
On December 15, 2020 by Wak GoleiroDifahamkan Terengganu FC sudah melengkapkan barisan pemain tempatan mereka dengan kehadiran 7 pemain baru manakala 4 pemain dinaikkan daripada pasukan Terengganu II dan Terengganu III (Piala Presiden). Manakala 14 pemain kekal daripada skuad musim lalu untuk melengkapkan 25 pemain tempatan.
Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini juga sudah memulakan latihan rasmi mereka untuk persiapan menjelang musim baru tahun depan di mana ada 2 misi besar bakal digalas beliau. Mempersiapkan pasukan untuk Liga Super 2021 serta Piala AFC 2021 di mana Terengganu layak selaku pasukan ketiga terbaik liga tahun ini.
Buat masa ini mereka masih belum lagi mengumumkan barisan pemain import yang bakal dibawa masuk. Melihat senarai tidak rasmi pemain tempatan yang akan membawa cabaran Terengganu musim depan majoriti adalah pemain muda, hanya 2 pemain berumur melebihi 30 tahun iaitu penjaga gol Sharmiza Yusof dan pemain tengah Nasir Basharudin.
Ketiadaan Lee Tuck, kami melihat Nasir yang dikenali dengan panggilan Acer calon paling sesuai untuk kapten dan membimbing pemain-pemain lain.
Ini dia senarai tidak rasmi pemain Terengganu FC 2021:
Penjaga Gol
Syed Nasrulhaq – 19 (TFC III)
Rahadi Azli – 19
Sharmiza Yusof – 31
Pertahanan
Wan Ahmad Amirzafran – 26
Hairiey Hakim Mamat – 20
Muhammad Mohd Fauzi – 24
Arif Fadzilah – 24
Hafizal Mohamad – 27
Azam Azmi – 19
Alif Zakaria – 22 (TFC II)
Azarul Nazarith – 22 (Felda United)
Shahrul Nizam – 22 (Kelantan)
Tengah
Sharin Sapien – 26
Nasir Basharudin – 30
Faiz Nasir – 28
Rahmat Makasuf – 23
Syafik Ismail – 20
Azalinullah Alias – 24
Asnan Ahmad – 27 (UKM)
Nik Akif Syahiran – 21 (Kelantan)
Faisal Halim – 22 (Pahang)
Penyerang
Engku Shakir – 22 (TFC II)
Isa Raman – 20 (TFC III)
Hakimi Abdullah – 21 (Kelantan)
Arif Anwar – 25 (UiTM)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.