Pusingan kedua Liga Futsal Kebangsaan pada hari Ahad lalu menyaksikan kesemua pasukan menurunkan pemain-pemain baru mereka yang dibeli ketika jendela perpindahan kedua dibuka tempoh hari.

Kehadiran pemain-pemain baru ini telah memberikan impak buat pasukan masing-masing yang berjaya mencipta kemenangan di aksi pertama pusingan kedua.

Antara pemain yang mencuri tumpuan sudah pasti Khairul Effendy Bahrin yang kembali bersama Melaka United daripada kelab SKN Kebumen FC.

Dia tidak menunggu lama untuk membuka jaringan ketika menewaskan Felda United 8-2.

Zainal Abidin Hamzah, Kuantan Rangers

Selain itu, pasukan Selangor MPSJ juga turut kembali meraih kemenangan dan semangat baru dengan kehadiran 3 pemain muda yang disenaraikan ketika mereka menewaskan Pahang 5-2 iaitu Azam Hassan, Ashraff Jalal dan Shah Azman.

Bagi kategori wanita pula kembalinya Farahiyah Ridzuan turut mencuri tumpuan pada Ahad lepas. Dia berjaya membantu pasukan Felda United menewaskan Perak dengan jaringan 7-1.

Selepas ini 8 lagi baki perlawanan bagi kategori lelaki dan 6 untuk kategori wanita sebelum tamatnya Liga Futsal Kebangsaan musim ini.

Dhiyaul Ezdiaq, Terengganu FC

 

Senarai pemain-pemain baru pasukan lelaki:

Melaka United – Khairul Effendy Bahrin

Selangor MPSJ – Azam Hassan, Ashraff Jalal, Shah Azman, Afif Asyraf

Pahang – Fadzil Karnim, Syazwan Kamarudin, Azrol Hairun

KL City – Hazizi Mansor, Muhammad Addli, Amirul Sugito

Kuantan Rangers – Iftitah Ahmad, Zainal Abidin

Perak – Zakry Roslan, Fakhrul, Aidil Rosli

Felda United – Zulhairi, Amar Ashraf, Mohd Faizal,  Fadhli Jafri

Kuala Lumpur – Farhan Bahrin, Nazrin Mazlan

Terengganu FC – Dhiyaul Ezdiaq

*Ini merupakan pemain yang kami perasan. Jika ada terlepas pandang pemain baru boleh inform kami ya. Kami tiada senarai pemain baru. Juga senarai pemain wanita yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top