
Pemain Baru Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Futsal Kebangsaan
On July 11, 2018 by Fixo6 pemain baru bakal membuat penampilan pertama bersama skuad futsal kebangsaan iaitu Mohd Ahzar, A Habbibbi, Wan Mohd Shami, Nazreen Saudi, Shahril Anuar dan Iqbal Haikal.
Mereka dipanggil menyertai kem latihan pusat bersama 14 pemain lain yang pernah dipanggil sertai kem sebelum ini. Kem selama 10 hari ini adalah untuk persediaan menjelang Kejohanan Futsal AFF 2018 yang akan berlangsung pada November depan di Jakarta, Indonesia.
Bagi kem kali ini, tiada wakil dari Melaka United berikutan mereka akan membawa cabaran negara ke Kejohanan Futsal Kelab AFF 2018.
Peluang buat kesemua 20 pemain terutama pemain baru untuk membuktikan kemampuan mereka untuk menarik minat kejurulatih skuadĀ futsal kebangsaan yang diketuai coach Chiew Chun Yong.
Berikut merupakan senarai 20 pemain kem latihan ini:
- Muhammad Farikh – Perak
- Ridzwan Bakri – Perak
- Awalludin Mat Nawi – Perak
- Aidil Shahril – Perak
- Nur Hazim – Perak
- Shamar Fadzil – Perak
- Muhammad Nazreen – Pahang
- Azhar Aris – Sabah
- Andi Habbibbi – Sabah
- Wan Mohd Shahmi – Terengganu FC
- Asyraf Borhan – Kuala Lumpur
- Syed Aizad Daniel – MPSJ
- Shahril Anuar – MPSJ
- Harith Naim – Kuantan Rangers
- Akmarulnizam – Kuantan Rangers
- Syafiq Hamzah – Kuantan Rangers
- Iftitah Ahmad – Kuantan Rangers
- Iqbal Aikal – Kuantan Rangers
- Iskandar Harun – Kuantan Rangers
- Ridzwan Zainal – Felda United
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.