
PDRM Sasar Tangga Ke-5 Terbaik Liga
On April 20, 2018 by WanShaSetelah mengharungi 6 perlawanan setakat ini, pasukan PDRM telah mencatatkan 3 kemenangan dan 3 kekalahan. PDRM berjaya berada di tangga ke-5 liga setakat ini dengan pungutan 9 mata.
Arena Futsal Malaysia sempat bersama seorang pemain dari pasukan PDRM, Noor Asyikin Mohamad Noor untuk menemubual tentang pasukan PDRM dalam LFK musim ini.
Noor Asyikin atau lebih mesra dengan panggilan Tom berpendapat bahawa PDRM akan berjuang sehabis-habisan dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Dia juga berharap agar PDRM mampu bangkit dalam perlawanan yang akan datang.
Pemain yang diposisi pivot ini merupakan seorang anggota PDRM dan beraksi untuk PDRM. Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama skuad futsal wanita kebangsaan di Sea Games 2017 lalu.
AFM harap agar Tom dan pasukannya mampu kekal di kedudukan terbaik liga.
https://www.instagram.com/p/BhyNXv0FJ08/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.