Pasukan Pilihan MILO Hidup Bola U16 Melakar Pengalaman Berharga Di Jelajah Bangkok
On January 5, 2016 by Wak PivotSatu pengalaman manis dan berharga buat 12 pemain yang mewakili Malaysia ke jelajah futsal di Bangkok,Thailand baru baru ini. Program jelajah futsal di Bangkok ini adalah inisiatif pihak penganjur kejohonan Milo Hidup Bola u16 2015 iaitu pihak Milo Malaysia. Program jelajah ini telah masuk edisi kedua setelah pada tahun 2014 mereka juga ke Bangkok, Thailand untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan di sana.
Jelajah yang bermula pada 26 hingga 30 Disember ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang buat bakat-bakat muda Malaysia untuk bermain dengan pasukan luar. Jelas sekali peluang ini tidak disia-siakan oleh para pemain apabila menjadi johan keseluruhan
Pasukan MILO Hidup Bola u16 ini berjaya menewaskan 2 pasukan iaitu pasukan Bangkok FC dan Chonburi Blue Wave dengan jaringan 7-1 dan seri 3-3 dengan juara liga futsal Thailand bawah 16 tahun iaitu pasukan Nonthaburi FC. Keputusan ini telah membuktikan Malaysia mempunyai pemain pelapis yang berkualiti dan mungkin satu hari nanti mereka bakal menjadi pemain futsal negara.
Menurut saudara Kevin Yee yang turut serta mengikuti jelajah pasukan ini di Bangkok, beliau berkata para pemain telah memberikan satu komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang program latihan dan juga ketika berada sana. Menurut beliau ketika perlawanan menentang pasukan Nonthaburi FC mereka sebenarnya mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan tersebut namun beberapa peluang yang terhidang tidak berjaya disempurnakan.
“Jika dilihat dari aspek permainan para pemain kita mempunyai kualiti yang sama seperti mereka dan jika para pemain ini terus diberi peluang dan bimbingan tidak mustahil pasukan Malaysia akan menjadi satu pasukan yang digeruni satu hari nanti” ujar beliau.
Apa yang menarik perhatian Arena Futsal Malaysia adalah 9 pemain daripada keseluruhan pasukan adalah pemain bola sepak. Kesemua 9 pemain ini hanya bermain futsal pertama kali ketika pusingan kelayakan dan dan seterusnya ketika pusingan grand final Milo Hidu Bola. Perkara ini telah mengejutkan pihak pengurusan Milo namun kredit dan ucapan tahniah kepada jurulatih pasukan iaitu Chiew Chun Yong yang berjaya memberikan tunjuk ajar kepada mereka walaupun masa yang diberikan sangat singkat.
Para pemain ini berjaya memahami dan mengikuti arahan jurulatih dengan baik sekali. Walaupun dalam masa tempoh yang singkat mereka berjaya mendapat rentak dan corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih.
Kesemua 12 pemain ini telah dipilih ketika pusingan grand Final Milo Hidup Bola 2015 dimana pasukan Primer FC dari Kelantan telah menjadi johan pada edisi tersebut.
Jika dilihat program yang dianjurkan Milo ini adalah satu program pembangunan yang bagus. Kejohanan futsal Milo Hidup Bola menjadi satu platform buat pemain muda untuk menunjukkan bakat mereka dan ramai pemain negara sekarang lahir daripada kejohanan ini. Malah pemain yang terpilih untuk ke jelajah Bangkok ini telah memberi satu nafas baru buat arena futsal di Malaysia.
Semoga kesemua pemain ini bakal diberikan peluang untuk bermain di peringkat tertinggi satu hari nanti. Kerana kita tidak mahu bakat bakat sebegini dipersia-siakan. Tahniah sekali lagi buat pihak pengurusan dan juga pemain pasukan Milo Hidup Bola u16 2015.
Tahniah . Malaysia Boleh.
Foto Kredit : Alex Liew
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.