Pasukan paling kerap memenangi Piala Malaysia sejak 20 tahun lepas.
On November 8, 2020 by WanShaSetiap perkara yang dibuat, pasti ada sejarah yang tersendiri. Macam korang la! Dah bercinta lama-lama, lepas tu putus kemudian hilang jejak. Eh, tiba-tiba jumpa balik lepas setahun menghilang. Pastu, mulalah terkenang kisah lalu. “Sejarah Mungkin Berulang” bak kata New Boyz.
Apa yang menarik, kali ini kami akan bawakan kepada anda senarai-senarai pasukan yang menjuarai Piala Malaysia sehingga kini sejak 20 tahun lepas. Sebelum itu, mari kita tahu serba sedikit tentang sejarah Piala Malaysia.
•Pada awal penubuhannya, Piala Malaysia dikenali sebagai Piala Malaya. Ianya mula dipertandingkan pada awal 1920.
•Pada tahun 1933, Piala Malaya ditukarkan kepada Piala HMS Malaya sempena nama Kapal Perang HMS Malaya.
•Sekali lagi, pada tahun 1967 Piala HMS Malaya ditukarkan kepada Piala Malaysia yang diguna sehingga kini.
Berdasarkan selama 20 tahun ini, berikut adalah kekerapan pasukan memenangi piala ini.
- Kedah 3x | Selangor 3x
- JDT 2x | Pahang 2x | Perak 2x | Negeri Sembilan 2x | Kelantan 2x | Perlis 2x
- Terengganu 1 | MPPJ FC 1 | Brunei
Bagi Piala Malaysia 2020, beberapa perlawanan telahpun lepas. Menyaksikan kesudahan perlawanan pusingan pertama dengan format kalah mati.
Antara pasukan yang layak ke suku akhir setakat ini:
•Terengganu FC
•Perak FA
•JDT
•Kedah FA
•Pulau Pinang FA
Sementara lagi 2 perlawanan akan berlangsung malam ini 8 November 2020.
Berdasarkan perlawanan di pusingan pertama ini, agak-agak korang tahun ni Piala Malaysia milik siapa?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.