Osman Musa Senjata Baru Thailand
On January 21, 2017 by FixoPemain seperti Suphawut Thueanklang, Jetsada Chudech, Nattawut Madyalan dan Apiwat Chaemcharoen antara pemain utama pasukan Thailand sebelum ini. Mereka juga antara pemain yang membantu pasukan Thailand di Fifa Futsal World Cup 2016.
Namun untuk kejohanan futsal AFF 2016 yang akan bermula pada 23 Januari 2017 ini tiada nama pemain-pemain ini memberi satu tanda tanya kepada peminat futsal Thailand dan juga dari negara lain.
Jurulatih baru Thailand Miguel Rodrigo telah membariskan barisan pemain muda dan baru untuk kali ini. Ini adalah satu kejohanan untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda ini dan ia bagus untuk masa akan datang.
Apa yang menarik perhatian Arena Futsal Malaysia adalah kehadiran bintang muda berumur 19 tahun iaitu Muhammad Osman Musa. Pemain yang mewakili pasukan Bangkok BTS adalah senjata baru bagi pasukan Thailand dan difahamkan beliau adalah pengganti kepada Suphawut Thueanklang.
Malah jika dilihat dalam aksi perlawanan persahabatan pasukan Thailand sebelum ini. Beliau banyak membantu pasukan itu dan turut berjaya menjaringkan gol.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.