Orbit De Futsal Tiong, Kota Bharu kini hampir pulih sepenuhnya selepas dilanda banjir pada penghujung tahun lepas. Orbit De Futsal sudah mula beroperasi beberapa hari yang lalu, kini pelanggan sudah boleh membuat tempahan gelanggang seperti biasa.
Kami warga AFM mengucapkan sekalung tahniah kepada Pemilik serta Pengurusan Orbit De Futsal kerana berjaya membaik pulih gelanggang dalam masa yang singkat bagi membolehkan peminat-peminat sukan futsal kembali menjalakan aktiviti mereka seperti biasa terutamanya pengajuran futsal di negeri Kelantan.