Pasukan Negeri Sembilan United (NSU) tampil lebih bersedia untuk menghadapi musim MPFL Divisyen 2 2025 dengan struktur pasukan yang lebih tersusun serta fokus jelas terhadap pembangunan bakat tempatan.
Menurut kenyataan pasukan, persiapan kali ini berjalan lancar dengan segala urusan latihan dan pengurusan dipermudahkan. Latihan pra-musim dimulakan seawal Januari 2025 bagi memberi ruang kepada pemain memperbaiki kelemahan serta membina keserasian pasukan lebih awal menjelang saingan liga.

Gabungan Tenaga Lama & Muda
NSU hanya mengekalkan 9 orang pemain dari skuad musim lalu, manakala selebihnya merupakan barisan muka baharu, termasuk 8 orang pemain berusia bawah 20 tahun. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan dalam menyediakan skuad mantap untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.
Menariknya, majoriti pemain yang menyarung jersi NSU kali ini merupakan anak jati Negeri Sembilan, menandakan komitmen pasukan dalam mencungkil dan mengasah potensi bakat tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Tiada Pemain Import, Fokus Pemain Tempatan
Berbeza dengan beberapa pasukan lain, NSU tidak menggunakan khidmat pemain import untuk musim ini. Sebaliknya, pasukan sepenuhnya bergantung kepada pemain tempatan, khususnya anak negeri, sebagai tulang belakang skuad. Ini sekaligus memberikan peluang lebih luas kepada pemain muda negeri itu untuk menyerlah di pentas kebangsaan.




Sasaran Realistik, Visi Jangka Panjang
Bagi musim 2025, NSU meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik liga. Pengurusan pasukan menganggap sasaran ini sebagai langkah realistik dalam usaha memperbaiki kedudukan musim lalu. Ia juga dilihat sebagai penanda aras penting dalam menilai perkembangan pemain muda untuk persiapan ke SUKMA.
Falsafah Permainan dan Sokongan Padu Negeri
Dari segi sokongan, NSU menerima bantuan yang signifikan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan kelab negeri, NSFC, khususnya dalam aspek pengurusan dan logistik pasukan. NSFC turut menjadi rakan penting dalam memberi bimbingan kepada NSU yang masih baharu di pentas futsal profesional Malaysia.
Harapan Buat Penyokong Hobin Jang Hobin
NSU menyeru seluruh penyokong Negeri Sembilan agar terus memberikan dorongan kepada pasukan yang baru ingin menapak dalam arena futsal Malaysia. Semangat dan kebersamaan dalam kalangan penyokong dianggap sebagai kekuatan utama untuk memacu prestasi pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami pasukan baharu, masih mentah, tetapi kami akan buktikan bahawa Negeri Sembilan mampu memberi cabaran dalam MPFL. Doakan kami dapat membawa kejayaan ke bumi Hobin Jang Hobin,” Fawzul Hadzir, Ketua Jurulatih.
Dengan semangat juang tinggi, sokongan padu dari negeri, dan kekuatan skuad muda yang berdedikasi, NSU bakal menjadi salah satu pasukan yang mencuri tumpuan dalam MPFL Divisyen 2 musim