Nafas Baru Futsal Wanita Tempatan
On December 2, 2022 by Tun ShahRabu lalu telah berlangsungnya ROF WOMEN FIFA COURT LEAGUE di Republic of Futsal yang terletak di Petaling Jaya.Namun,liga ini bukan seperti liga wanita yang pernah dianjurkan sebelum ini.
Liga ini membenarkan sebanyak 5 pemain MPFL di dalam satu pasukan dan hanya boleh menggunakan sebanyak 2 pemain MPFL dalam sesuatu masa.
Kami di Arena Futsal berpeluang untuk hadir ke upacara perasmian dan melihat dua perlawanan pertama liga tersebut yang menyaksikan Orcatrans FC mengalahkan Falcon FC dengan skor 3-1,manakala REM FC menewaskan Night Venom FT dengan skor 6-0.
Kredit gambar : @dhcophoto
Pemain seperti Intan Serah,Hanis Azizan,Nani Azizan dan juga Asnidah Zamri yang tidak asing lagi dalam dunia futsal adalah antara yang mengambil bahagian di liga yang dipertandingkan buat julung kalinya ini
Disertai sebanyak 9 pasukan yang melihatkan campuran pemain amatur dan profesional,ianya seperti memberi nafas baru terhadap dunia futsal wanita sendiri,peluang untuk pemain berstatus amatur untuk menentang dan bersama pemain profesional hanya akan memberi impak yang bagus terhadap akar umbi futsal wanita.
Malah,aturan permainan juga menggunakan format formal seperti di MPFL,lantas,dapat memberi pengalaman baru kepada pemain amatur tentang suasana yang dialami pemain profesional.
9 pasukan yang menyertai liga anjuran Republic Of Futsal ini adalah :
Orcatrans FC
Falcon FC
MBPJ FC
MBSA FC
Putra Ria FC
REM FC
Night Venom FT
DOV FC
7FT
Kami di Arena Futsal teruja untuk melihat perkembangan liga ini dan mengharap dapat melihat yang terbaik dari semua pemain demi menyumbang kepada babak futsal di negara kita.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.