MOTA : Q&A Taktikal Dan Mentality Dalam Futsal.
On June 2, 2017 by FixoSering kali saya mendapat beberapa soalan mengenai futsal tidak kira daripada pemain, rakan-rakan jurulatih dan juga daripada ibu bapa. Tidak kira dimana level anda berada ilmu itu harus dikongsikan bersama agar kita dapat maju kehadapan nanti.
Di sini saya ingin kongsikan soalan yang ditanya oleh rakan jurulatih saya dari UTM dan berharap pandangan serta penjelasan saya ini dapat diamalkan oleh kesemua aktivis futsal bersama-sama.
1. Bagaimana nak menjadikan rotation player itu nampak berjaya?
Rotation adalah satu pergerakan yang digunakan oleh kesemua pasukan untuk memecahkan benteng pihak lawan agar lebih senang untuk kita menjaringkan gol.
- Memerlukan latihan yang kerap.
- Pemain perlu memahami pergerakan tersebut dan bukan menghafal pergerakan tersebut.
- Kaedah dan method training amat penting agar pemain lebih mudah faham apa yang kita mahukan.
2. Adakah formasi 1-2-1 (Diamond) rapuh dan mudah dibaca pihak lawan serta bagaimana untuk kuatkannya?
Formasi 1-2-1 amat bagus dan ia antara formasi kegemaran pasukan-pasukan antarabangsa. Sebenarnya formasi ini tiada masalah untuk dipraktikan.
- Keupayaan/ability pemain menjadi faktor utama sama ada formasi itu akan berjaya mahupun tidak.
- Teknik dan fitness pemain amat penting untuk mereka mempraktikkannya ketika perlawanan.
- Jurulatih perlu cepat mengesan kelemahan pasukan atau pemain yang mana perlu diasah dahulu.
3. Pasukan saya menyerang dengan (1-2-1) dan bertahan dengan (1-2-1) juga. Bagaimana sistem ini mampu berfungsi dengan baik?
- Menyerang 1-2-1 : Seperti saya katakan tadi ia bergantung pada kualiti pemain itu dari segi teknik dan fitness mereka.
- Bertahan 1-2-1 : Ini bergantung pada situasi. Kita perlu bertahan mengikut formasi yang digunakan pihak lawan. Jika pihak lawan 1-2-1 kita guna yang sama namun jika mereka tukar kepada 2-2 kita perlu ikut kepada 2-2. Samada ‘man to man’ atau ‘zonal’ ia juga bergantung pada situasi.
4. Bagaimana untuk motivated pemain berikut :
i. Cepat down.
Ini tugas utama jurulatih. Selain memberi taktikal dan teknikal, seorang jurulatih juga perlu tahu dan bijak bagaimana untuk memberikan sokongan moral pada pemain.
- Kata-kata motivasi dan perangsang amat penting ketika mereka ‘down.’
- Malah rakan sepasukan juga perlu ambil peranan untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang cepat down.
ii. Suka marah teammate.
Pemain yang sering marah di dalam court harus diberikan teguran. Ada dua jenis marah yang akan mengubah sesuatu pasukan.
- Marah untuk menegur, iaitu kita marah dengan cara yang betul agar pemain tidak melakukan perkara yang sama sekaligus akan membantu pasukan tersebut.
- Marah yang akan menjatuhkan pasukan, dimana cara yang digunakan tidak sesuai dan akan menggangu pasukan.
- Seorang jurulatih cepat menegur jika situasi begini berlaku.
iii.Suka individu no teamwork.
Ini juga perlu pada teguran dan jurulatih harus membiasakan mereka bermain secara berpasukan melalui latihan.
- Cipta satu ‘drill’ yang memaksa mereka untuk bermain ‘simple play’ dan perlukan sokongan rakan-rakan.
?Apa pun kesilapan pemain kita perlu faham mereka bukan sempurna dan pasti akan melakukan kesilapan. Tugas kita sebagai coach adalah untuk menegur,mengajar dan memperbetulkan mereka melalui cara yang betul. Elakkan dari menggunakan kata-kata kesat atau terlalu kasar.
?Kita perlu ingat apa jua perkara yang ingin kita terapkan, ianya bermula dalam latihan. Daripada latihan yang betul ia akan memberikan kesan yang baik ketika bermain nanti.
…………..
Artikel ini ditulis oleh Coach Mohammad Taufik
Coach Taufik merupakan bekas pemain futsal kebangsaan dan merupakan pengasas kepada MOTA Futsal Academy serta MOTA Futsal Workout Program. Iaitu sebuah akademi untuk kanak-kanak usia 7-12 tahun dan juga sebuah program yang menyediakan latihan berbentuk open training, amateur training & personal futsal training.
Untuk makluman lanjut mengenai program ini boleh layari instagram : @motafutsalacademy @motafutsalworkoutprogram.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.