
MOTA FT Ungguli Grassroot Futsal League 2024
On January 24, 2025 by Al-Zaim ArzamanMOTA FT muncul juara dalam kedua-dua kategori dipertandingkan – bawah 12 tahun dan bawah 15 tahun, di edisi sulung Grassroot Futsal League 2024 yang telah berakhir baru-baru ini di RKS Sport Centre, Petaling Jaya.
Grassroot Futsal League merupakan satu inisiatif pertandingan futsal melibatkan pemain-pemain muda, berusia bawah 15 tahun untuk beraksi di gelanggang futsal bersaiz FIFA yang dianjurkan oleh SDF FC yang bermula pada Disember lalu.
Ini adalah kali pertama program liga futsal grassroot akan dijalankan dengan menggunakan gelanggang bersaiz FIFA.
Tujuan utama ia dijalankan di atas gelanggang bersaiz FIFA adalah untuk menjadikan pemain-pemain muda ini terbiasa beraksi di gelanggang sebenar sebagaimana penganjuran liga-liga futsal grassroot di luar negara seperti di negara juara dunia, Brazil. Mereka adalah teladan terbaik buat negara yang masih mahu bermimpi menjadi sebaik mereka.
Selain itu, ia juga dianggap satu promosi buat penganjur-penganjur kejohanan grassroot untuk mengaplikasikannya.
Pada awalnya, perancangan untuk liga ini adalah melibatkan pasukan berusia bawah 9 tahun dan 12 tahun, namun pihak penganjur kemudiannya menambah satu lagi kategori iaitu bawah 15 tahun. Disebabkan pertandingan untuk bawah 9 tahun tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan, mereka akhirnya terpaksa membatalkannya.
Kelab yang aktif menyertai kejohanan-kejohanan grassroot itu berjaya mengecewakan tiga pasukan lain dalam kedua-dua kategori untuk menjulang kejuaraan kejohanan yang menawarkan baucer PIVO yang bernilai RM700 dan pingat.
Naib juara dan ketiga masing-masing membawa pulang baucer PIVO bernilai RM500 dan RM300 bersama pingat.
Kejohanan ini mendapat sokongan padu serta tajaan daripada beberapa syarikat antaranya Arena Futsal Malaysia, pivo.my, Joma Sport, Kelme Malaysia, RKS Sport Centre, SDF Concept, SDZ Halal Mart, Enggo dan ZNZ Physiotherapy.
Berikut merupakan kedudukan akhir liga:
Bawah 12 Tahun
- Johan: MOTA FC
- Naib Johan: MOTA Avengers
- Tempat ketiga: TPD Boys
- Tempat keempat: MOTA KiKl
- Tempat kelima: SDF FC
Bawah 15 Tahun
- Johan: MOTA FT
- Naib Johan: Red Galacticos
- Tempat ketiga: TPD Junior
- Tempat keempat: SDF FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.