Most Number of Keepie Uppies with feet in 1 minute

Masih ingat lagi tentang Adik Dainnel Aqashah Bin Rakmatulla yang mencipta rekod peribadi dengan membuat 200 kali imbangan? Lalu mendapat tajaan sepenuhnya daripada Malaysian Book of Records (MBR). Apa yang lebih menarik, usia yang sangat muda itu membuatkan kita kagum dengan semangat yang ditunjukkan.

Semalam acara yang berprestij telah berjaya diadakan yang diberi nama “Most Number of Keepie Uppies with feet in 1 minute”. Adik Aqashah yang juga merupakan pelatih Akademi Tunas Selangor U12 di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Program dihadiri dan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, KSU KBS, YBhg. Dato’ Dr. Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah JBSN, Dato Micheal Tio, Kerja Pegawai Eksekutif, Malaysia Book of Records dan YBhg. Datuk Ahmad Shapawi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

Apa yang sangat mengagumkan, Adik Aqashah telah diberi 3 kali percubaan dalam menyempurnakan rekod. Namun, dengan sekali percubaan saja ianya telah cukup buat Adik Aqashah mencipta rekod baru. Wow!

Dalam percubaan pertama dan terakhir itu, jelas kelihatan Adik Aqashah sungguh berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi dengan 202 kali imbangan dalam masa 1 minit yang diberikan. Sekali gus telah memadam rekod asalnya yang dicipta oleh Irramal Haji Kasan dari Keningau, Sabah sebanyak 135 kali.

Wakil AFM ada mendapatkan perkembangan semasa Adik Aqashah sebelum itu menerusi bapanya, Encik Rakmatulla. Menurut bapanya, Adik Aqashah sangat bersedia dan bersemangat setiap kali membuat sesi latihan. Malah, sehari sebelum ke acara MBR ini Adik Aqashah jelas sekali tidak kelihatan gugup.

“Aqashah dia lebih tenang. Bila tiba waktunya kita akan nampak dia lebih bersemangat. Dia lebih mencari ilham sebelum games atau apa-apa kejohanan”, kongsi ayahnya.

“Terima kasih semua yang mendoakan dan memberikan sokongan padu pada Aqashah. Malaysia Book of Records ini milik kita semua. Anda semua juara dihati saya”, kapsyen menerusi FB Dainnel Aqashah Jr.

Kami di AFM mendoakan agar Adik Aqashah terus sukses di masa hadapan. Semoga kejayaan yang dimiliki hari ini menjadi suntikan semangat untuknya. Selamat maju jaya buat Adik Aqashah!

One thought on “Most Number of Keepie Uppies with feet in 1 minute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top