
Misi Memburu Tiket Perlawanan Akhir
On June 11, 2015 by Wak FaizalPerlawanan peringkat kumpulan Piala Liga Kebangsaan sudah pun berakhir dengan pelbagai aksi yang menarik dipersembahkan oleh kesemua pasukan. Kehadiran pemain-pemain pinjaman dari pasukan yang berkedudukan 8 kebawah di peringkat liga tampak memberikan lagi pusingan piala ini menarik dengan kombinasi dan taktikal yang baru ditetapkan oleh setiap pasukan.
Separuh Akhir (Wanita)
—————————————
>> Selangor vs Felda United – 2.00 Petang
Pasukan Selangor bakal membuka perlawanan dengan menentang pasukan Felda United di peringkat sepruh akhir pertama. Selaku juara baru bagi Liga Futsal Kebangsaan 2015 pasukan Selangor pasti mahu mengekalkan momentum mereka dan ingin mendapat kejuaraan berganda pada musim ini. Namun mereka perlu berhati-hati dengan kebangkitan yang akan dilakukan oleh Felda United setelah mereka gagal mengekalkan kejuaraan bagi liga kali ini. Pasti jurulatih pasukan Felda United akan merancang sesuatu untuk memberikan tentangan kepada pasukan Selangor.
>> Selangor MPSJ vs Sabah – 4.00 Petang
Bagi edisi kali ini Selangor MPSJ hanya layak bagi kategori wanita sahaja setelah pasukan lelaki mereka yang juga finalis musim lepas gagal di peringkat kumpulan. Selangor MPSJ yang mempunyai beberapa pemain kebangsaan menepati ramalan setelah mereka berjaya melayakkan diri. Namun mereka harus memberikan tumpuan terhadap perubahan yang ketara ditunjukkan oleh pasukan Sabah bagi musim ini. Pasukan Sabah berjaya menewaskan pasukan Felda United pada perlawanan akhir peringkat mengejutkan ramai pihak.
Separuh Akhir (Lelaki)
————————————-
>> Felda United vs Kuala Lumpur MK – 6.00 Petang
Satu aksi yang menarik bakal kita saksikan bagi perlawanan ini. Felda United mempunyai sejarah silam dimana di peringkat kumpulan pasukan Kuala Lumpur MK satu-satunya kumpulan yang berjaya menewaskan pasukan Felda United dengan jaringan 3-2. Pasukan Felda United perlu lebih berkeyakinan ketika berada di kawasan pihak lawan untuk menjaringkan gol. Dari pandangan wak mereka gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang sebelum ini. bagi Kuala Lumpur MK aksi yang bertenaga dan semangat juang yang tinggi adalah salah satu kekuatan mereka. Sebagai pendatang baru mereka berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat liga dan berjaya melayakkan diri ke perinkat separuh akhir dan impian mereka pasti tidak terrhenti di sini pasti mereka ingin menbawa pulang piala liga futsal kebangsaan ini. satu perlawanan yang sengit bakal diperaksikan pada perlawanan ini esok.
>> Selangor vs Perak – 8.00 Malam
6 lawan 6 ini yang boleh diperkatakan untuk perlawanan ini. Dimanan selain 5 pemain yang akan beraksi di atas court pemain keenam juga pasti akan memainkan peranan mereka pada perlawanan ini esok. pemain yang keenam wak maksudkan itu adalah Ultras Selangor dan juga Ultras Perak yang sering ada ketika pasukan mereka beraksi. pasti perlawanan ini bakal menjadi satu perlawanan yang menarik untuk kita lihat. Kehadiran pemain pinjaman dari pasukan Sabah bagi kedua-dua pasukan telah memberikan nafas baru bagi mereka setelah pemain ini berjaya membantu pasukan setakat ini. Pasukan perak dengan kehadiran pemain berpengalaman Safar Mohamad dan juga penjaga gol muda Mohammad Firdaus yang beraksi dengan cemerlang pada peringkat kumpulan pasti akan memberikan kesukaran dan tentangan buat pasukan Selangor. Namun Perak juga perlu berhati-hati dengan kelincahan dan kelajuan pemain pemain selangor yang diketuai oleh Khairul Effendy.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.