Misi ke-6 Brazil : Mampukah Gergasi Futsal Dunia Ini Kekalkan Kejuaraan ?
On September 9, 2016 by Wak GoleiroKejohanan Piala Dunia Futsal 2016 bakal berlangsung di Colombia pada 11 September hingga 1 Oktober ini yang menyaksikan jutaan peminat sukan futsal bakal bertumpu ke negara berpopulasi hampir 48 juta penduduk itu apabila 24 buah negara akan menyajikan aksi futsal kelas dunia disana.
Tidak dapat disangkal lagi keupayaan Brazil dalam kejohanan ini apabila gergasi futsal dunia itu telah menggondol 5 gelaran juara dalam 7 edisi yang telah dipertandingkan bermula tahun 1989 di Rotterdam, Belanda.
Ayuh kita singkap kejayaan demi kejayaan yang dicapai negara samba itu dalam kejohanan teragung buat sukan futsal ini.
Bermula dengan kejayaan menjuarai edisi pertama pada tahun 1989 di Rotterdam apabila berjaya menundukkan tuan rumah dengan dengan keputusan 2-1 sekaligus menjadikan Brazil selaku juara sulung dan empat tahun kemudian di Hong Kong langkah mereka terus bergaya apabila mengulangi pencapaian tersebut dengan menundukkan Amerika Syarikat 4-1 yang merupakan penampilan sulung Manoel Tobias dari Brazil yang merupakan penjaring terbanyak Piala Dunia setakat ini dengan 43 gol dihasilkan sepanjang 4 edisi disertai beliau.
Tahun 1996 di Barcelona memperlihatkan penguasaan berterusan buat Brazil apabila mencatatkan kejuaraan hatrik setelah menundukkan tuan rumah 6-4 dan terdapat perkara yang perlu anda banggakan ketika ini apabila skuad futsal Malaysia turut layak secara merit bagi beraksi dalam kejohanan edisi ke-3 ini.
Edisi seterusnya di Guatemala memberikan tamparan hebat buat Brazil apabila tumpas ditangan seteru utama, Sepanyol pada perlawanan akhir dan kekecewaan tersebut semakin menambah luka mereka apabila Piala Dunia 2004 di Chinese Taipei sekali lagi Sepanyol menjadi halangan akibat tewas dalam penentuan sepakan penalti pada saingan separuh akhir yang menyaksikan Sepanyol terus mengungguli Piala Dunia bagi 2 edisi berturut-turut apabila menumpaskan Itali pada perlawanan akhir.
Perseteruan Brazil dan Sepanyol kelihatan belum berakhir apabila kedua-dua pasukan telah dua kali bertemu pada saingan akhir di Brazil 2008 dan Thailand 2012 namun Brazil yang ketika itu diketuai oleh Falcao yang berada di puncak prestasi berjaya mengenepikan cabaran hebat musuh tradisi tersebut bagi menghadiahkan 2 kejuaraan buat Brazil pada tahun 2008 dan 2012.
Kredit foto : theolympicssports.com & fifa.com
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.