Misi Baru Ayon Di Indonesia.

Khairul Effendy atau lebih dikenali dengan panggilan Ayon kini mengorak langkah baru dalam langkah beliau sebagai seorang pemain futsal. Terbaru Ayon telah ditawarkan kontrak pro oleh sebuah pasukan yang beraksi di Pro Futsal League, Indonesia bagi musim 2018 yang bakal tiba. Ini bukan kali pertama Ayon beraksi bersama pasukan luar dari Malaysia, beliau sebelum ini pernah beraksi beberapa kali di Liga Futsal Thailand tapi hanya dengan ‘short contract’ sahaja. Kali ini tawaran ini agak serius dan lebih menarik.

Wak sempat menemubual beliau dan rungkaikan beberapa persoalan.

Wak : Boleh Ayon kongsi dengan kami nama kelab dari Indonesia yang menawarkan kontrak kepada Ayon dan apakah informasi yang Ayon tahu tentang pasukan baru ini?

Ayon : Saya akan bermain dengan pasukan SKN KEBUMEN FC. Pasukan in masih baru dan akan mengantikkan pasukan BJL 2000 dari season lepas. Saya masih belum berjumpa dengan keseluruhan pasukan tapi apa yang saya tahu kesemua management, coach dan pemain adalah baru tetapi mereka sudah ada pengalaman bermain di liga ini.

Wak : Kenapa Ayon setuju untuk bermain di sana?

Ayon : Saya tahu liga di Indonesia lebih kompetetif dari liga Malaysia. Lebih banyak pasukan dan menarik. Malah setiap game ada live streaming dan stadium penuh dengan penyokong setiap kali. Jadi saya berminat untuk merasa suasana bermain di sana dan kembangkan lagi karier saya.

Wak : Bila Ayon akan bertolak ke sana dan kontrak berapa lama?

Ayon : InsyaAllah kalau semua berjalan dengan lancar saya akan ke sana bulan Disember. Buat masa ini Ayon akan bersama pasukan ini hingga bulan Mei 2018.

Wak : Pasukan di Indonesia banyak menggunakan tenaga muda, dan bermain secara pantas. Adakah Ayon rasa dapat menyesuaikan diri bermain disana?

Ayon : Tiada masalah buat saya. Sebab saya juga mengamalkan permainan yang pantas. Harap nanti saya dapat cepat adapt dengan rakan-rakan sepasukan.

Wak : Sebelum ini Ayon pernah bermain diluar Malaysia. Boleh Ayon senaraikan kelab-kelab yang pernah Ayon sarung jersi dan tahun berapa?

Ayon : Ya, Ayon pernah bermain di Thailand. Bermain bersama pasukan Bangkokthonburi University pada tahun 2012 dan Victory City pada tahun 2015.

Wak : Apa harapan dan matlamat Ayon untuk karier di tempat baru ini?

Ayon : Ayon harap dapat buat yang terbaik nanti dan bantu SKN KEBUMEN FC mejuarai Pro Futsal League, Indonesia dan Ayon harap lebih banyak players dari Malaysia dapat peluang main di liga luar Malaysia yang lebih kompetetif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top