
Miguel Rodrigo Bangga Dengan Persembahan Barisan Pemain Muda
On January 30, 2017 by FixoKetua Jurulatih baru Thailand gembira dengan persembahan barisan pemain mudanya kerana mereka berjaya meraih kejuraan di AFF Futsal 2016.
Pada perlawanan akhir semalam, bermain di hadapan penyokong Thailand tampil bergaya dan tidak memberi ruang buat pasukan lawan apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan jaringan 8-1.
Miguel Rodrigo turut berterima kasih kepada para para penyokong yang tampil memberi sokongan dari awal hingga ke perlawanan akhir.
Keputusan beliau untuk membawa barisan muda di kejohanan ini tampaknya berhasil. Kini Thailand sudah mempunyai barisan pelapis yang mampu membawa cabaran di masa akan datang.
“Tahniah kepada semua pemain serta pegawai kerana berjaya meraih kejuaraan ini. Tahniah juga buat pemain-pemain muda seperti Osman Musa yang merupakan pemain masa depan bagi kami dan saya percaya beliau mampu untuk bertambah maju dan menjadi pemain utama di Piala Dunia akan datang” kata Miguel kepada media.
Kredit foto : SMM Sports
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.