Mentaliti Permainan Fokus Utama Skuad Futsal Negara
On July 25, 2017 by FixoPengendali skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, kini dalam fasa menumpukan aspek mental permainan sebagai tonik utama menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.
Sebelum ini, timbul desas-desus Indonesia akan menarik diri daripada saingan futsal, namun Chun Yong dengan yakin mengesahkan negara jiran itu akan beraksi dalam saingan futsal lelaki dalam temasya dwitahunan itu.
Justeru, jurulatih yang juga bekas pemain futsal negara itu lebih menumpukan kepada kekuatan mental pemain untuk beraksi di laman sendiri dan juga apabila berdepan cabaran lawan.
Chun Yong juga akan mengatur aksi persahabatan dengan beberapa kelab di Thailand pada hujung bulan ini dalam memastikan pasukannya terus berkembang dengan mantap.
“Setakat ini, saya masih perlu mengenal pasti kelemahan serta memperkukuhkan mentaliti pemain-pemain kerana harapan tinggi buat kami apabila bermain di laman sendiri,” katanya.
Sementara itu, nada sama juga disuarakan oleh pemain tengah futsal negara, Mohd Khairul Effendy Bahrin.
Baginya, kekuatan mental pemain mampu menjadi penentu kejayaan sesebuah pasukan, terutama ketika perlawanan penting.
“Sukan SEA diadakan di Malaysia, jadi tekanan adalah tinggi.
“Kami akan menentang Thailand dalam perlawanan terakhir, jadi kekuatan mental perlu ada,” ujar Khairul Effendy.
Artikel oleh : Stadium Astro/Astro Arena
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.