
Melaka United Sasar Tiga Pasukan Terbaik LFK 2017
On February 10, 2017 by FixoPenampilan pertama sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka United sedikit sebanyak memberikan rasa gemuruh buat coach Isa Rahim menjelang perlawanan pertama esok menentang MBPP.
“Ini bukanlah penampilan pertama saya di LFK, pengalaman membawa jawatan penolong jurulatih Melaka United pada musim lepas banyak memberi bekalan untuk saya bawa pada musim ini.”
“Setakat ini persiapan berjalan lancar dan para pemain semakin menunjukkan keserasian memandangkn ada beberapa pemain kebangsaan baru menyertai kami. Walaupun dilabel sebagai pasukan pilihan, kami tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain dan akan memberikan persembahan yang terbaik” kata Isa Rahim.
Untuk perlawanan pertama esok, menurutnya pasukan Melaka United akan berwaspada dengan saingan pasukan MBPP esok.
“Walaupun mereka pasukan baru, pasukan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mampu membuat kejutan yang kita tidak boleh jangka,” katanya.
“Saya sentiasa positif bahawa dengan usaha gigih dan kerjasama yang erat seluruh ahli “keluarga” Melaka United, InshaAllah kami akan mencapai kejayaan pada tahun ini,” tambahnya.
Coach Isa Rahim mensasarkan pasukan Melaka United berjaya menamatkan LFK 2017 ini di kedudukan 3 pasukan terbaik.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.