Melaka Kehilangan Dua Tonggak Utama
On February 15, 2017 by FixoPemain futsal Kebangsaan, Khairul Effendy Bahrin masih menanti kelulusan untuk membenarkan beliau beraksi di LFK 2017 bersama pasukan Melaka.
Menurut Isa Rahim, ketua jurulatih Melaka, Khairul Effendy tidak dapat beraksi kerana masalah International Transfer Certificate (ITC) yang masih dalam proses pertukaran pasukan.
Ini adalah berikutan beliau pernah beraksi bersama pasukan di Thailand.
Selain daripada itu, kem futsal Melaka turut terganggu apabila mereka kehilangan penjaga gol berpengalaman Mohd Firdaus Razali yang mengalami kecederaan ketika bertemu pasukan KL City FC minggu lalu.
“Firdaus mengalami kecederaan miniscus dan beliau akan diketepikan hampir sebulan mengikut pakar fisio kami. Bagaimanapun saya masih optimis perkara ini tidak akan memberikan kesan yang tinggi kepada kami.”
“Saya masih ada dua penjaga gol yang mampu mengisi kekosongan iaitu Syahman dan juga penjaga gol muda kami Ridzuan. Mereka bersedia untuk diturunkan bila-bila masa,” kata Isa Rahim.
Pasukan Melaka yang berjaya peroleh dua kemenangan pada minggu lalu akan beraksi menentang Perak pada minggu ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.