Melaka Gantung Bendera Putih Sebelum MPFL?
On December 25, 2021 by Wak GoleiroBelum lagi saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 bermula ada khabar angin keluar pasukan futsal Melaka tidak akan beraksi di saingan liga ini tahun depan.
Masih belum ada kenyataan rasmi daripada pasukan yang dibawah seliaan Persatuan Bola Sepak Melaka mahupun penganjur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai isu ini. Tapi kalau ikutkan jadual perlawanan yang sudah dikeluarkan FAM, pasukan Melaka ada dalam saingan liga ini dan perlawanan pertama mereka menentang Shah Alam City pada 8 Januari.
Berdasarkan pemerhatian pasukan Melaka sebenarnya sudah lakukan persiapan awal dengan penganjuran Liga Futsal Melaka pada awal tahun ini untuk memilih barisan pemain bagi mewakili pasukan ini. Malah mereka juga telah melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal Malaysia. Walaupun hadir dengan pemain-pemain baru dan muda pasukan Melaka sentiasa memberikan yang terbaik dalam liga.
Jika khabar angin ini betul, satu kerugian untuk arena futsal Malaysia kerana kehilangan satu pasukan yang bukan asing lagi dalam liga kita. Apa-apa pun kita harapkan yang terbaik buat pasukan Melaka dan semua pemain.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.