Malaysia Dapat Kemenangan Pertama Ke Atas Indonesia
On April 20, 2018 by WanShaIndonesia tidak asing lagi buat negara kita. Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dan hebat dengan cara permainan dan tektikal yang menarik.
Berdasarkan rekod pertemuan di antara Malaysia bertemu Indonesia pada tahun yang lepas:
- Malaysia 1-1 Indonesia di Sukan SEA 2013
- Malaysia 1-2 Indonesia di Sukan SEA 2017
- Malaysia 1-1 Indonesia di perlawanan persahabatan 2018
- Malaysia 4-1 Indonesia di perlawanan persahabatan 2018
Kedua-dua pasukan dianggap mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dimana Malaysia yang dikendalikan oleh ketua jurulatih baru iaitu Addie Azwan Zainal. Manakala, Indonesia juga dikendalikan oleh ketua jurulatih baru yang berasal dari Jepun, Kensuke Takahashi Pasca.
Walaubagaimanapun, Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan pertama ke atas Indonesia dan menunjukkan debut pertama Addie Azwan ke atas pasukan futsal wanita di Indonesia dianggap telah berjaya.
Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian. Malaysia bersama 3 negara lain iaitu Chinese Taipei, Vietnam dan Bangladesh berada dalam kumpulan B di Kejohanan Futsal Wanita AFC 2018 di Thailand.
AFM berharap pencapaian dan prestasi skuad futsal wanita negara dapat dikekalkan. Oleh itu, berbaki lebih kurang 2 minggu ini menjelang kejohanan tersebut dapatlah barisan kejurulatihan skuad negara mempersiapkan pemain dengan lebih rapi.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.