Kejohanan Futsal AFF 2017 yang akan berlangsung di Ho Chi Min City, Vietnam pada 26 Oktober hingga 2 November ini akan disertai 11 pasukan.
Hanya pasukan Australia telah menarik diri untuk menyertai kejohanan ini dan ia sekaligus membuka ruang buat 11 pasukan ini untuk merebut 4 slot untuk beraksi di Kejohanan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei.

11 pasukan tersebut telah dibahagi kepada dua kumpulan dimana pasukan Indonesia, Vietnam, Myanmar, Brunei, dan Filipina diundi dalam kumpulan A, manakala Malaysia, Thailand, Timor Leste dan Laos diundi dalam kumpulan B.
Berikut merupakan rangking futsal 11 pasukan yang akan beraksi di Kejohanan Futsal AFF 2017 :
1. Thailand (17)
2. Vietnam (40)
3. Indonesia (52)
4. Malaysia (62)
5. Myanmar (83)
6. Timor Leste (106)
7. Laos (107)
8. Filipina (108)
9. Brunei (111)
Dalam kurungan adalah rangking dunia terkini.