MAC FC Kandas Di Separuh Akhir World Futsal Championship
On August 11, 2015 by Wak FaizalAksi cemerlang MAC FC yang mengibarkan cabaran negara di ESPN Wide World of Sport Complex bertempat di Florida, USA tersekat di saingan separuh akhir apabila tewas di tangan wakil dari Uruguay, Lourdes FC dengan keputusan 5-7.
MAC FC yang sebelum ini berjaya mengungguli kumpulan C apabila berjaya menundukkan Naples Futsal dan BNC Revolution A serta mencatatkan keputusan seri menentang Orlando Futsal United terpaksa berputih mata apabila rata-rata pemain Lourdes FC mempunyai kelebihan fizikal yang agak besar. Wakil dari negara Amerika Selatan itu turut diperkuatkan dengan beberapa pemain futsal kebangsaan Uruguay.
Namun , semangat para pemain MAC FC tidak luntur walaupun pada satu ketika ketinggalan 1-5 sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 5-7. Ianya suatu perkara yang wajar dipuji kerana anak-anak muda Malaysia ini tidak membiarkan lawan menewaskan mereka dengan mudah.
Dengan kekalahan ini menyaksikan MAC FC akan merebut kedudukan penentuan tempat ke 3/4 dan diberitakan akan kembali bertemu Orlando Futsal United yang berjaya mengikat mereka dengan keputusan 4-4. Semoga kejayaan menjadi milik wakil negara ini dan seterusnya mengharumkan nama negara dengan aksi menarik daripada mereka.
Selamat berjuang buat MAC FC.
Artikel Oleh : Meor AFM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.