
MAC FC & Court Soccer Gah Di Pusingan Kelayakan Kedua Liga Futsal Smart Selangor
On February 11, 2018 by FixoSaingan sengit dari pusingan awal tidak memberikan halangan buat pasukan dari Selangor, MAC FC untuk muncul juara kategori terbuka pusingan kelayakan kedua Liga Futsal Smart Selangor 2018 yang berlangsung di Ferro Futsal sebentar tadi.
Selaku juara mereka berjaya tersenarai untuk layak ke Liga Futsal Smart Selangor 2018 apabila memperoleh 6 mata sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM 2,000.00.
Bagi tempat kedua pula jatuh kepada pasukan RJ Capero manakala tempat ketiga dan bersama jatuh kepada Tot United B dan Jerro Tornado.
Untuk saingan kategori bawah 17 tahun pula, pasukan Court Soccer gah mendominasi pusingan kedua kelayakan ini apabila mereka berjaya membolot tempat pertama dan kedua.
Tempat ketiga dan keempat bagi kategori ini jatuh kepada pasukan Semut Merah dan Red Galacticos A.
Selepas ini dua lagi pusingan kelayakan akan berlangsung untuk mencari 16 pasukan terbaik bagi setiap kategori untuk beraksi dalam saingan utama bagi Liga Futsal Selangor 2018.
Syabas buat kesemua pasukan!
Kategori Terbuka
MAC FC – 6 Mata
RJ Capero – 4 Mata
Tot United B – 2 Mata
Jerro Tornado – 2 Mata
Kategori Bawah 17
Court Soccer B – 6 Mata
Court Soccer A – 4 Mata
Semut Merah – 2 Mata
Red Galacticos – 2 Mata
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.