Lupakan Kemenangan Semalam, Perjuangan Masih Belum Habis

Masih awal untuk kita menilai prestasi pasukan Harimau Malaysia di Kejohanan AFF Futsal 2016 ini walaupun mereka berjaya memenangi perlawanan pertama semalam.

Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada barisan jurulatih dan para pemain atas aksi yang sangat menarik semalam. Semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaysia membuktikan mereka dahagakan kemenangan.

Kemenangan semalam sebenarnya amat bermakna buat pasukan Harimau Malaysia, bukan sahaja ia akan memudahkan laluan di kejohanan ini malah kemenangan tersebut telah mengembalikan maruah pasukan Harimau Malaysia.

Badi kekalah ke atas pasukan Indonesia sejak 10 tahun lalu akhirnya tamat dengan kemenangan 6-5 semalam.

Pada petang ini jam 5.30 waktu Malaysia, pasukan Harimau Malaysia akan turun beraksi menentang pasukan Laos. Hanya kemenangan perlu dicari oleh pasukan kendalian Chiew Chun Yong ini untuk melayakkan pasukan ke pusingan separuh akhir.

Ayuh Malaysia. Lupakan kemenangan semalam, perjuangan masih belum tamat.

Kredit foto : SSM Thailand Futsal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top