Liga Futsal Politeknik Malaysia (LFPM) 2017 Sirkit 1
On May 15, 2017 by FixoLiga Futsal Politeknik Malaysia 2017 Sirkit 1 telah berlangsung pada 10-14 Mei 2017 bertempat di Kompleks Sukan Tertutup Hang Jebat, Melaka anjuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) dengan kerjasama Politeknik Merlimau (PMM).
Selain daripada Liga Futsal IPT, LFPM juga merupakan medan untuk para pemain muda terutama pelajar politeknik untuk mengembangkan bakat mereka. Sejajar dengan objektif itu, ternyata ramai pemain yang lahir dari LFPM bermain di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya, pemain yang dikenalpasti akan dipanggil untuk menyertai pasukan Futsal Politeknik Malaysia untuk persediaan ke Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dan Kejohanan Antarabangsa.
Bagi edisi 2017 ini, pihak urusetia MSP telah membawa pembaharuan di mana Liga Futsal Politeknik Malaysia (LFPM) dimainkan secara liga berbanding edisi sebelum-sebelumnya yang lebih kepada karnival. LFPM 2017 diadakan mengikut sirkit 1 dan sirkit 2 bagi menambahkan saingan dan cabaran kepada semua pasukan. Sebanyak 10 pasukan politeknik negeri telah mengambil bahagian dan berentap untuk bersaing merebut kejuaraan.
Bagi aksi sirkit 1, setiap pasukan mengharungi 5 perlawanan sebelum menghabiskan baki perlawanan dalam sirkit 2 yang dijangka diadakan pada bulan Ogos nanti bertempat di Kuantan. Saingan dijangka sengit akan dapat dilihat di sirkit kedua ini. Semoga berjaya kepada kesemua pasukan yang beraksi.
Berikut merupakan kedudukan semasa pasukan LFPM selepas Sirkit 1 :
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.