
Liga Futsal Politeknik Malaysia 2016
On April 27, 2016 by FixoSeiring untuk melahirkan pelajar yang berkualiti selain daripada akademik, aktiviti sukan perlu dijadikan fokus dalam sistem pendidikan hari ini yang berperanan sebagai pelengkap kecermelangan bagi seseorang pelajar.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Politeknik Malaysia sekali lagi mengambil inisiatif dan bakal menganjurkan Liga Futsal Politeknik Malaysia 2016 bermula 28 hingga 30 april ini.
Sebanyak 11 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bakal merebut kejuaraan pada edisi kali ini dan perlawanan akan berlangsung di Uptown Sports Bangi. Pada edisi kali ini Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak dipilih selaku penganjur untuk kali ini.
Difahamkan johan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk kejohanan ini bakal membawa pulang Piala Pusingan, medal dan juga set jersi Kool yang ditaja oleh Futsalasport. Hadiah juga bakal diterima buat pemain terbaik kejohanan lelaki /wanita dan juga penjaga gol terbaik kejohanan lelaki /wanita yang turut ditaja oleh Futsalasport.
Mengulas mengenai kejohanan ini, Rasyidi Abdullah berkata objektif kejohanan ini diaadakan adalah untuk menjadi salah satu medium mencungkil bakat baru pemain futsal dikalangan pelajar politeknik ke peringkat kebangsaan dan sukan IPT, kedua memberi pengalaman dan pendedahan kepada pemain dalam menghadapi sesuatu kejohanan utama peringkat kebangsaan dan yang terakhir untuk mendokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi melalui Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DSIPT) yang mensasarkan sekurang-kurangnya 30% atlet negara terdiri daripada atlet IPT.
Rasyidi Abdullah merupakan penolong penyelaras pusat pembangunan sukan Futsal Politeknik Malaysia serta merangkap juga Pengurus Pasukan Futsal Lelaki Politeknik Malaysia. Beliau juga turut memberitahu bahawa fokus utama pada tahun ini untuk menghantar pasukan Politeknik Malaysia di pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan dan pemain akan dinilai dan dipilih melalui kejohanan ini.
“Saya berharap kejohanan kali ni kami dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di pusingan kelayakan LFK 2016 sekaligus mampu mengikut jejak alumni politeknik seperti Saifu Nizam (Politeknik Shah Alam), Abu Hanifa (Politeknik Merlimau), Firdaus Ambiah (Politeknik Merlimau), Awaluddin Hasan (Politeknik Shah Alam) dan Afiq Abd Rahman (Polisas Kuantan) yang sudah bermain di peringkat kebangsaan” ujar beliau
Pemenang Liga Futsal Politeknik 2015
Lelaki
Johan : Politeknik Selangor
Naib Johan : Politeknik Pahang
ke-3 : Politeknik Negeri Sembilan
ke-4 :Politeknik Kelantan
Wanita
Johan : Politeknik Sarawak
Naib Johan : Politeknik Sabah
ke-3 : Politeknik Pahang
ke-4 : Politeknik Perak
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.