
Liga Futsal Kinta 2016 Bakal Lahirkan Bintang Baru Futsal
On January 23, 2016 by Wak GoleiroWarga Perak khasnya berpeluang untuk merasai pengalaman beraksi seolah-olah di Liga Futsal Kebangsaan apabila penganjur utama iaitu Ipozo Planet yang bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Batu Gajah dan penaja utama, Extravaganza Futsal Shop telah mengilhamkan Liga Futsal Kinta 2016.
Kejohanan yang sudah memasuki minggu ke-2 tersebut dilangsungkan secara format liga yang berlangsung selama 4 bulan ini bermatlamat supaya negeri Perak tidak ketandusan dalam mencungkil bakat baru bagi menggalas tanggungjawab membawa cabaran Perak dalam kancah Sukan Malaysia (Sukma) mahupun Liga Futsal Kebangsaan pada masa hadapan. Lebih menarik segala peraturan serta undang – undang FIFA telah diguna pakai untuk liga ini. Namun liga ini tidak dimainkan di gelanggang bersaiz yang ditetapkan oleh badan induk bolasepak dunia itu.
Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negeri Perak telah mengesahkan penyertaan pada liga edisi pertama ini dan sambutan hangat serta kegigihan yang dipamerkan setiap pasukan walaupun baru memasuki minggu ke-2 aksi perlawanan merupakan satu perkembangan yang positif buat kemajuan futsal di Perak khasnya.
Terdahulu satu majlis perasmian telah diadakan pada 23 Disember 2015 di perkarangan lokasi liga iaitu di Arena Futsal Ipozo, Ipoh disamping itu taklimat serta cabutan undian turut diadakan.
Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut adalah Penolong pengurus pasukan futsal PerakĀ , Wan Fadzli Izam Bin Wan Zulkifli, Penolong jurulatih skuad futsal Malaysia, Mohd Fairuz Bin Mohd Noor dan Presiden Persatuan Bolasepak Batu Gajah iaitu Jamil Othman.
Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding serta kedudukan terkini selepas tamat 2 perlawanan bagi setiap pasukan :
KREDIT FOTO : Arena Futsal Ipozo, Ipoh
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.