Liga Futsal Grassroot, Tapi Main Gelanggang Saiz FIFA
On November 11, 2024 by Al-Zaim ArzamanBayangkan, anak anda yang berusia 8 tahun, beraksi di gelanggang yang saiznya seperti pemain profesional bermain.
Sudah tentu ia satu pendedahan dan pengalaman terbaik buat dirinya apabila beraksi dalam gelanggang sebenar.
Malah, anak anda berpeluang muncul di YouTube atau Facebook Live sekiranya perlawanan tersebut diberikan liputan pada hari perlawanan. Ada juga jurugambar profesional yang akan merakam aksi pemain sepanjang liga berlangsung.
Apabila bercakap tentang jurugambar profesional, mereka sememangnya yang terbaik. DH Photography memiliki pengalaman luas dalam arena futsal apabila merakam gambar-gambar daripada Liga Futsal IPT, MPFL dan AFF.
Selain itu, khidmat fisio turut disediakan saban minggu. Dan mereka bukan calang-calang apabila berkhidmat bersama pasukan yang beraksi di MPFL iaitu Shah Alam City, serta sentiasa terlibat dengan kejohanan-kejohanan grassroot.
Ini adalah kali pertama program liga futsal grassroot akan dijalankan dengan menggunakan gelanggang bersaiz FIFA.
Tujuan utama ia dijalankan di atas gelanggang bersaiz FIFA adalah untuk menjadikan pemain-pemain muda ini terbiasa beraksi di gelanggang sebenar sebagaimana penganjuran liga-liga futsal grassroot di luar negara seperti di negara juara dunia, Brazil. Mereka adalah teladan terbaik buat negara yang masih mahu bermimpi menjadi sebaik mereka.
Selain itu, ia juga dianggap satu promosi buat penganjur-penganjur kejohanan grassroot untuk mengaplikasikannya.
Kejohanan yang dianjurkan SDF FC ini dijangka bakal berlangsung pada 01 Disember 2024 hingga 16 Februari 2025.
Terdapat dua kategori liga yang bakal dianjurkan iaitu untuk bawah 9 tahun dan bawah 12 tahun. Setiap pasukan dijangka akan melalui 12 minggu perlawanan dengan setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan sebanyak 16 pemain.
Tidak lengkap jika satu-satu kejohanan tidak menobatkan pemain-pemain terbaik. Antara insentif yang diberikan adalah anugerah penjaga gol terbaik, penjaring terbanyak dan pemain paling berharga selain turut diberikan sijil serta pingat. Malah, PIVO selaku penaja bersama akan memberikan hadiah kepada pemain terbaik setiap perlawanan.
Untuk hadiah utama pula, juara, naib juara dan tempat ketiga, masing-masing akan membawa pulang baucer PIVO yang bernilai RM700, RM500 dan RM300 bersama pingat. Selain itu, juara juga akan menjulang trofi kejuaraan.
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM300 bersama deposit liga bernilai RM100. Setiap pasukan juga perlu membayar yuran minggu sebanyak RM150. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SDF FC di Instagram mereka, @sdf_futsal_club.
Apa manfaat sertai liga ini? Antaranya adalah ini peluang untuk bakat anak anda dikenali apabila Arena Futsal bertindak sebagai media rasmi. Ini bakal membuka pintu kemungkinan untuk bakat mereka dipantau kelab-kelab ternama.
Tambah menarik, anda dijanjikan pengalaman terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.