LFK 2017 Kembali Beraksi Minggu Ini Di Arena UPSI
On April 3, 2017 by FixoLiga Futsal Kebangsaan 2017 akan kembali beraksi minggu ini yang memasuki minggu ke 6 liga dan sudah pasti satu saingan sengit akan berlaku selepas ini untuk merebut kejuaraan liga yang akan habis tidak lama lagi. Pada minggu ini LFK 2017 akan kembali bermain di Arena UPSI, Tanjung Malim Perak.
LFK 2017 berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada Majlis Kongress FAM dan kem latihan pusat kebangsaan sudah pasti sedikit sebanyak memberi ruang buat kesemua pasukan untuk memperbaiki pasukan masing-masing.
Jika dilihat dalam tempoh dua minggu ini kebanyakkan pasukan yang beraksi di LFK 2017 banyak mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan amatur lain untuk mengekalkan kecergasan pemain serta memperbaiki segala kekurangan setiap pasukan.
Berbalik kepada kedudukan pasukan sehingga kini pasukan Melaka United masih gah berada di carta liga apabila mereka mengumpul 27 mata, 6 mata dihadapan pasukan Felda United. Pahang pula mengekori rapat ditangga ketiga dengan mengumpul 19 mata sehingga kini.
Persaingan masih terbuka bagi merebut kejuaraan LFK 2017 pada kali ini walaupun Melaka United berada di landasan yang terbaik pada kali ini. 8 lagi baki perlawanan untuk dihadapi kesemua pasukan sebelum liga menutup tirainya pada edisi kali ini.
Bagi kategori wanita pula, perebutan 3 pasukan untuk merebut kejuaraan berlaku diantara pendahulu liga Felda United, Kuala Lumpur dan juga Perak. Bagi minggu ini tiada perlawanan bagi kategori wanita dan akan berlangsung pada minggu hadapan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.