LFK 2017 – Ke Pahang Ke Kita
On March 7, 2017 by FixoPada minggu lepas pihak FAM selaku penganjur Liga Futsal Kebangsaan 2017 telah mengeluarkan notis pindaan venue pertandingan bagi liga musim ini.
Seperti kita tahu 3 pusingan sebelum ini LFK telah berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim Perak dan selepas ini LFK akan diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan Pahang.
Perkara ini pasti memberi khabar gembira buat peminat futsal di sekitar Pahang dan ia akan menjadi kelebihan buat pasukan Pahang untuk beraksi di hadapan peminat mereka.
Bagi aksi di Pahang ini hanya akan berlangsung perlawanan bagi pusingan ke 4,5,8 dan 9 manakala pusingan ke 6 dan 7 akan tetap diadakan di Arena UPSI, Tanjung Malim.
Berikut merupakan jadual perlawanan LFK yang akan berlangsung di Pahang.
Pusingan (4) – 11-12 Mac 2017
Pusingan (5) – 18-19 Mac 2017
Pusingan (8) – 29 – 30 April 2017
Pusingan (9) – 6 – 7 Mei 2017
Ayuh semua peminat kita ke SUKPA untuk memberikan sokongan kepada kesemua pasukan yang beraksi. Masuk percuma ye.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.