
Latihan Pusat Ke-6 Skuad Kebangsaan
On July 27, 2015 by Wak FaizalLatihan pusat fasa seterusnya bagi skuad negara akan bermula pada 4 Ogos hingga 3 September 2015. Selepas mempersembahkan aksi memberangsangkan pada kejohanan di New Zealand tempoh hari, barisan kejurulatihan pasukan pastinya akan terus berusaha untuk memantapkan segala aspek yang kurang pada kejohanan yang menyaksikan Malaysia memperolehi tempat kedua.
Kesemua pemain yang menggalas tanggungjawab di kejohanan Piala Futsal Komanwel tersebut dikekalkan manakala beberapa muka lama yang dipanggil pada latihan pusat terdahulu telah dipanggil semula seperti Qaiser Heshaam, Mohd Rahimi Abdul Shatar, Afif Asyraf, Firdaus Razali dan Mohd Shahmi. Penampilan semula ayam tambatan Felda United, Abu Haniffa yang merupakan salah seorang tunjang kekuatan pasukan negara satu ketika menjadi tumpuan utama pada latihan pusat kali ini. Pengalaman serta kepakaran beliau miliki sudah pasti ditagih bagi memantapkan pasukan negara yang akan beraksi di Kejohanan Futsal AFF yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Pemain yang terpilih ini akan merebut 16 slot pemain untuk menghadapi siri perlawanan persahabatan di Oita dan Osaka, Jepun pada 4 hingga 12 September dan pasukan negara diberitakan akan menyertai sebuah jemputan kejohanan di sana nanti. Semoga momentum baik yang telah dipamerkan skuad negara dapat diteruskan.
Berikut adalah senarai 20 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat fasa ke-6 ini :
1) Ahmad Fawzul Hadzir (Felda United)
2) Saiful Nizam Mohamad Ali (Felda United)
3) Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United)
4) Muhammad Fitri Mohd Yatim (Felda United)
5) Qaiser Heshaam Abdul Kadir (Felda United)
6) Muhammad Akmal Yazadh Amri (Felda United)
7) Abu Haniffa Hassan (Felda United)
8) Saiful Aula Ahmad (Selangor)
9) Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor)
10) Mohd Rahimi Abdul Shatar (Melaka)
11) Muhammad Shamar Fadzil (Melaka)
12) Amar Ashraf Abu Bakar (Kedah)
13) Mohd Shahmi Abdullah Sani (Kedah)
14) Mohd Firdaus Razali (MPSJ)
15) Syed Aizad Daniel Syed Nasir (MPSJ)
16) Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil (MPSJ)
17) Muhammad Shamsul Akmar Zamri (MPSJ)
18) Mohd Noor Azrin Adnan (KL MK)
19) Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang)
20) Mohd Ridzwan Bakri (Sabah)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.