Latihan Pusat Fasa Ketiga Skuad Wanita Negara
On September 4, 2015 by Wak FaizalSelepas mengharungi 2 fasa latihan pusat sebelum ini, keupayaan skuad wanita negara terus akan diuji keadaan fizikal serta mental para pemain apabila latihan fasa ke-3 akan bermula dari 1Â sehingga 5 september 2015.
Tiada muka baru yang dipanggil pada kali ini dan hanyalah kemunculan semula pemain berpengalaman yang mewakili Felda United, Siti Noor Halimi yang telah menjalani latihan pusat pertama untuk kembali diuji pada fasa kali ini.
Jurulatih skuad wanita negara, Chiew Chun Yong telah menyenaraikan 20 orang pemain untuk terus diuji kali ini dan akan memberikan peluang kepada beliau untuk melihat serta menganalisis setiap dari pemain yang dipanggil untuk memberikan pilihan kepada beliau bagi menyenaraikan hanya 16 orang senarai terakhir bagi membawa cabaran negara di Kejohanan Futsal Wanita AFC di Nilai yang akan berlangsung di pada 21 hingga 26 September ini.
Dengan kejohanan yang hanya akan berlangsung kurang sebulan, pemain yang terpilih kali ini harus menggunakan peluang yang ada untuk terus meningkatkan moral serta persembahan supaya dapat menampilkan aksi bertenaga di kejohanan sulung itu ketika skuad negara diundi satu kumpulan dengan jagoan Asia iaitu Iran, Uzbekistan dan Hong Kong.
Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk latihan pusat kali ini :
1) Fatin Shahida Binti Azmi (MPSJ)
2) Nur Shazreen Binti Munazli (MPSJ)
3) Asma Junaidi (Sabah)
4) Dadree Rofinus (Sabah)
5) Shereillyn Ely Pius (Sabah)
6) Usliza Binti Usman (Sabah)
7) Masturah Binti Majid (Sabah)
8) Siti Asnidah Binti Zamri (Selangor)
9) Sity Norazizah Binti Jamal (Selangor)
10) Rina Jordana Binti Adnan (Selangor)
11) Amirah Sarah Binti Mohd Fahmi (Selangor)
12) Zur’Ain Binti Kamarudin (Selangor)
13) Farhana Binti Abdullah (Selangor)
14) Nur Izzati Binti Khairuddin (Selangor)
15) Noor Asyikin Binti Mohamad Noor (Felda United)
16) Nurul Atiqa Binti Zaifulizan (Felda United)
17) Farahiyah Binti Muhd Ridzuan (Felda United)
18) Norhawa Binti Md Yassin (Felda United)
19) Farah Najihah Binti Abdul Aziz (Felda United)
20) Siti Noor Halimi Binti Hussain (Felda United)
Artikel Oleh : Meor AFM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.