Laluan Sukar Buat Skuad Futsal Wanita Negara

Impian untuk mendapatkan slot ke suku akhir sebentar tadi tidak kesampaian apabila skuad futsal wanita negara tewas 2-4 kepada pasukan Chinese Taipei.

Skuad negara tampak menunjukkan aksi positif pada awal permainan dan Siti Asnidah Zamri berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-5. 2 minit sebelum tamat babak pertama kem negara tersentak apabila Norhawa Md Yasin dilayangkan kad merah sekaligus memberikan sepakan penalti buat pasukan lawan.

Foto: FAM

Pemain lawan Chen Ya-Chun tenang menewaskan Wan Zufirah yang diturunkan selaku penjaga gol utama negara hari ini dan babak pertama tamat dengan keputusan seri 1-1.

Masuk babak kedua beberapa kesilapan mudah pemain negara dapat diambil kesempatan oleh pihak lawan apabila mereka terus menghukum dengan jaringan tambahan 3 lagi jaringan.

Foto: FAM

Ketua jurulatih negara, Addie Azwan mengambil keputusan untuk menggunakan formasi powerplay untuk merapatkan kedudukan mereka namun hanya 1 gol berjaya dicapai menerusi jaringan Zur’ain Kamaruddin.

Kini skuad negara yang menduduki tangga ketiga kumpulan B. Misi wajib menang buat skuad negara pada aksi terakhir menentang Vietnam, 6 Mei ini.

Rekod pertemuan Malaysia dan Chinese Taipei :
•Malaysia 3-3 Chinese Taipei di Perlawanan Persahabatan 2017
•Malaysia 3-6 Chinese Taipei di Perlawanan Persahabatan 2017
•Malaysia 2-4 Chinese Taipei di Kejohanan Futsal Wanita AFC 2018

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

2 thoughts on “Laluan Sukar Buat Skuad Futsal Wanita Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top