Kuching City FC Tour langkah baik pengurusan
On December 11, 2020 by Wak GoleiroDengan larangan kerajaan untuk keluar dari Malaysia, tidak menjadi masalah untuk pasukan Kuching City FC dan satu langkah terpuji harus diberikan kepada pengurusan pasukan yang hadir dengan rancangan Kuching City FC on Tour.
6 lokasi menjadi destinasi pasukan ini sepanjang jelajah selama 15 hari ini di sekitar Sarawak yang sudah bermula beberapa hari lepas. Bermula dengan Sri Aman (8 Disember), Sarikei (10 Disember), Sibu (12 Disember), Mukah (15 Disember), Bintulu (18 Disember) dan yang destiniasi terakhir Miri (21 Disember)..
Ini antara persediaan awal pasukan ini menjelang musim baru dimana mereka juga bakal menghadapi perlawanan persahabatan di setiap lokasi dengan pasukan tempatan di sana. Setakat ini Kuching City FC sudah mencatat 3 kemenangan di dua lokasi, menang 2-0 ke atas Sri Aman FA serta menang 8-0 ke atas Saberkas Meradong dan 3-1 dengan pasukan Projek STR.
Walaupun bukan perlawanan yang boleh dianggap setaraf, tapi sedikit sebanyak ia dapat membantu para pemain Kuching City FC menaikan tahap kecergasan mereka. Peluang juga dapat diberi kepada pemain-pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka juga.
Selain itu, langkah ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan pasukan dengan orang ramai sekali gus akan meningkatkan lagi fan base pasukan ini. Peluang yang diberikan kepada pasukan tempatan untuk menentang Kuching City FC pasti memberikan mereka satu kepuasan bermain dengan pemain profesional, berjumpa dengan idola mereka dan ini juga peluang mereka untuk menunjukkan sesuatu.
Tak mustahil jika ada pemain-pemain baru yang mungkin menarik perhatian barisan kejurulatihan dari perlawanan persahabatan yang mereka lakukan.
Atas pemerhatian kami, tour ini tidak disertai ketua jurulatih baru mereka, Irfan Bakti. Kami jangkakan mereka akan diberi rehat habis tour ini nanti sebelum kembali memulakan latihan rasmi di bawah Irfan Bakti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.