Kuantan Rangers melonjak ke tangga kedua LFB 2017. Adakah kemasukan Rico Zulkarnain memberi impak positif kepada mereka.

Tamat kesemua perlawanan bagi bulan Julai, ini kedudukan terkini Liga Futsal Brunei 2017.

Kuantan Rangers berjaya melonjak ke tangga kedua dengan 16 mata dari 6 perlawanan dan masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding pendahulu RBSM FC.

Anak buah Faizul Ghaffar masih kekal dengan rekod tanpa kalah dengan lima kemenangan dan satu keputusan seri.

Satu lagi wakil Malaysia, Miri FA pula berada di kedudukan ketiga dengan 13 mata.

Baki tiga perlawanan buat Kuantan Rangers adalah menentang RBSM FC, Eagle Blues dan Najip kesemuanya pada bulan Ogos nanti.

Artikel : Facebook Kuantan Rangers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top