Kuala Lumpur City Sahut Cabaran 4 Penjuru MNC Futsal Championship 2019
On September 4, 2019 by Wak PivotSetelah pasukan Iraq menarik diri disaat akhir kejohanan futsal jemputan MNC yang bakal berlangsung di Yogyakarta tanggal 6 hingga 8 September ini. KL City pasukan yang berpengkalan di Kuala Lumpur kini telah mengesahkan penyertaan dan bakal bertemu 3 lagi pasukan hebat dirantau asia iaitu Uzbekistan, Taiwan & pasukan tuan rumah iaitu Indonesia. Harus kita ingat Uzbekistan merupakan pasukan yang bermain di pentas piala dunia.
Pasukan tuan rumah pula semestinya menurunkan barisan terbaik mereka setelah persediaan fasa terakhir. Mereka mempunyai perancangan yang cukup teratur dengan beberapa siri perlawanan persahabatan di Thailand dan juga beberapa perlawanan persahabatan ‘sulit’ dimana semua media dan peminat futsal Indonesia tidak dibenarkan untuk membuat liputan dan juga menonton.
Sudah tentu ianya bukan sesuatu yang mudah bagi KL City, mereka telah memanggil pemain dari Pahang Rangers serta Kuala Lumpur FA bagi menguatkan pasukan. Objektif utama mereka adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda dengan tahap yang lebih kompetitif.
Jadual perlawanan bagi pasukan KL City seperti berikut
————————————————-
Jumaat 6 Sept – KL City x Uzbekistan 9:30 WIB
Sabtu 7 Sept – KL City x Taiwan 12:00 WIB
Ahad 8 Sept – KL City x Indonesia 14:00 WIB
Senarai pemain KL City
—————————-
Muhammad Addli Bin Che Husin
Yakish Rao a/l Kannanyadu
Jaya Prahkashrao a/l Kannanyadu
Faris Al Irfan Bin Mohd Nazmi
Iza Muhammad Hassan Bin Bostamam
Qaiser Heshaam Bin Abdul Kadir
Hazizi Bin Mansor
Mohd Alif Haiqal Bin Mohd Zaini
Iskandar Bin Harun
Muhammad Iqbal Aikal Bin Mohd Noor
Mohamad Aizat Bin Borhanudin
Mahadir Harahap Bin Khairuddin
Ahmad Hanafi Bin Mohd Nasir
Mohd Firdaus Bin Ambiah
Ahmad Azim Bin Mohammad
Muhammad Farhan Bin Khairul Anuar
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.