Kuala Lumpur City Kehilangan 6 mata Penting
On January 23, 2022 by Wak FaizalPasukan Kuala Lumpur City terpaksa akur dengan keputusan Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM yang memberikan kemenangan kepada pasukan Selangor TOT United dan Selangor MAC yang sepatutnya mereka bertemu di sirkit kedua minggu ini.
Malah pasukan lawan juga telah diberikan kemenangan dengan jaringan 5-0. Menurut Setiausaha FAM, Mohd Saifuddin memberitahu keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan pada Perkara 6 (6-1) (6-1-1) iaitu KEPUTUSAN PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DITERUSKAN seperti yang terkandung dalam Peraturan Tambahan Penganjuran Pertandingan 2022 seperti berikut:
“Perlawanan yang melibatkan pasukan berkenaan hendaklah diisytihar sebagai perlawanan yang tidak dapat diteruskan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan jaringan 5-0.”
Untuk makluman semua pasukan kendalian Jerry Dinesh ini tidak dapat turun beraksi di dua perlawanan ini selepas beberapa pemain pasukan ini positif COVID-19 dan baki pemain serta pegawai perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat.
Kita harap semua pemain serta pegawai pasukan dipermudahkan urusan, kembali sihat dan harap mereka dapat beraksi semula di sirkit ketiga minggu depan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.